Monday, June 1, 2009

Pembiayaan Kewangan Sewaktu Latihan Praktikal: Suatu Keperluan

Salam. Kini telah timbul isu mengenai kesusahan yg dialami oleh sebahagian besar mahasiswa yg sedang mengikuti latihan praktikal. Isu paling hangat adalah berkaitan pembiayaan kewangan atau kos sara hidup sewaktu praktikal. Seperti yg kita sedia maklum, latihan praktikal biasanya dibuat pada cuti semester panjang. Pada waktu itu, tiada wang diterima untuk kos sara hidup utk latihan praktikal. Kalau adapun, terdapat hanya beberapa pelajar mendapat gaji atau elaun yg diberikan oleh pihak majikan khususnya pihak swasta di tempat kerja tersebut. Maka, bagaimana pula bagi pelajar yg tidak mendapat sebarang elaun atau biaya kewangan sewaktu latihan praktik? Masalah ini harus diatasi secara serius oleh pihak universiti dan kementerian pengajian tinggi. Kekangan kewangan yg dialami oleh pelajar sewaktu praktikal adalah suatu masalah yg memang berlaku pada masa kini. Maka, adalah wajar bagi pihak universiti dan kementerian dengan saluran perantaraan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk berbincang untuk menyelesaikan permasalahan ini. Secara prinsip, bantuan kewangan yang hendak disalurkan perlulah menepati beberapa syarat agar mahasiswa yang benar2 memerlukan bantuan kewangan sahaja yang layak untuk menerima pembiayaan tersebut. Saya mencadangkan agar pelajar diberikan bantuan kewangan RM 1000 selama menjalani latihan praktikal. Wang ini adalah bagi membiayai kos makan-minum, sewa rumah, pengangkutan, dan sebagainya. Jadi, pada saya pemberian RM 1000 ini adalah munasabah kerana kos sara hidup di luar kampus adalah jauh lebih tinggi berbanding dalam kampus.

2 comments:

  1. Yup...
    Benar...
    Setuju dengan apa yang abang perkatakan...
    Mudah-mudahan pada sesi akan datang akan adalah rombakan mengenai isu nie...

    ReplyDelete
  2. pihak mpp telah bawa isu ini ke pihak kpt, supaya diselaraskan di pihak kementerian untuk memberi elaun kepada mahasiswa yang sedang mengikuti latihan industri/latihan mengajar.

    apapun, jabatan kebajikan akan bermesyuarat dengan TNC (Akademik) yang baru pada 10 jun ini. antara isu yang akan dibincangkan adalah isu ini.

    tq.
    Pjoe (MPPUTM)

    ReplyDelete