Saturday, July 11, 2009

Kunci Penyelesaian Konflik: Kejujuran & Keterbukaan

Salam..

Dalam kehidupan di dunia ini, kita pastinya tidak akan sunyi dengan pelbagai konflik, yang pada kebiasaannya berkait dgn hubungan sesama manusia. Penulisan saya pada kali ini adalah suatu ilham yg saya dpt tatkala terdapat rakan-rakan saya yg sedang berkonflik akibat perpecahan dalam organisasi.

Dalam berorganisasi, sememangnya konflik adalah suatu yang tidak dapat dielakkan utk berlaku. Ia seperti telah menjadi lumrah disebabkan kewujudan sifat atau karektor manusia yang pelbagai ragam dan personaliti. Ketika mana konflik berlaku, adakalanya kita menjadi tidak keruan, hilang arah tuju,serta hilang punca. Kesemua ini adalah disebabkan kita tidak dapat memahami: Mengapakah Konflik Tersebut Boleh Berlaku?

Untuk menyelesaikan suatu konflik, kita perlu ketahui terlebih dahulu punca kepada berlakunya konflik tersebut. Apabila punca tersebut belum lagi dapat dicari, kita perlu membuat suatu meja bulat perundingan bagi melihat dari manakah konflik tersebut berlaku. Untuk mengetahui punca konflik ini, ia memerlukan sifat kejujuran dalam mengakui kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam organisasi. Untuk mengakui kesilapan ini bukanlah suatu yg mudah, lebih-lebih lagi jika punca tersebut datangnya daripada pendekatan orang atasan yang tidak memahami keadaan orang bawah. Jika egoisme ini terus berleluasa, saya percaya ia tidak akan langsung dapat menyelesaikan konflik yang timbul, bahkan mungkin akan lebih marak lagi!

Maka, kejujuran dan keterbukaan dalam mendengar situasi orang bawah adalah suatu yang wajib bagi orang atasan. Orang bawahan ini merupakan pihak yg paling diletakkan tanggungjawab dalam melaksanakn suatu perkara, jadi jika orang bawahan ini membuat protes, sudah pastinya agenda organisasi akan terjejas. Keterbukaan dalam mendengar kritikan, rintihan, dan keluh-kesah orang bawah adalah suatu yang wajib.

Secara kesimpulan, bersikap jujurlah dalam menghadapi konflik yang datang. Persiapkan diri dengan kekuatan hati dan mental dalam mendengar situasi orang lain. Jika kita jujur dan terbuka dalam penyelesaian konflik, saya percaya konflik akan berakhir dan akan menghasilkan organisasi yang sejahtera dan matang.