Thursday, June 11, 2009

Kerajaan Perpaduan: Kenapa Dua Pemimpin Tertinggi Pas Tidak Senada?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada ketika ini, masih hangat lg dibincangkan soal kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas. Ia lahir daripada buah fikiran Tuan Presiden Pas, Ustaz Hj Hadi Awang. Apa yang menarik untuk dilihat, cadangan kerajaan perpaduan ini telah dibantah dengan keras oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz. Beliau amat tidak bersetuju tentang gagasan kerajaan perpaduan disebabkan pengalaman beliau dlm berhadapan UMNO ketika era kerajaan perpaduan dalam tahun 70-an. Tuan Guru Nik Aziz hakikatnya merupakan dakhoda tertinggi dalam Pas. Sebab itu beliau pernah meminta Hj Hadi agar berjumpa dahulu 'nakhoda Pas' untuk kemukakan idea kerajaan perpaduan. Pada muktamar Pas baru2 ini, Ustaz Hj Hadi sekali lagi mengemukakan gagasan kerajaan perpaduan. Ini adalah suatu yg paling ribut pernah berlaku antara 2 pemimpin tertinggi. Apa yg jelas, 2 pemimpin tertinggi ini iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi ternyata tidak mencapai konsensus (persetujuan bersama) dlm isu kerajaan perpaduan. Walaupun dalam Pas banyak pemimpin yg mempertahankan idea kerajaan perpaduan ini, namun sudah pastinya ia tidak selari sama sekali dgn pendirian Mursyidul Am Pas sebagai nakhoda tertinggi. Jadi, walau apapun hujah digunakan untuk mendirikan kerajaan perpaduan meskipun dgn dalil al-Quran tidak akan mampu memadam kemusykilan yg timbul di kalangan orang awam mengapa Mursyidul Am menolak saranan kerajaan perpaduan ini. Pendek kata, sebelum Pas nak laksana kerajaan perpaduan ini, eloklah dapatkan dulu konsensus dgn Mursyidul Am kerana beliau nakhoda tertinggi Pas.

9 comments:

  1. sepanjang pembacaan saya, apa yang terjadi pada 1970an bukan kerajaan perpaduan, sebab pas mase tu masuk BN

    ReplyDelete
  2. Kalau Pas masuk BN tidak dikatakan sebagai kerajan perpaduan, jadi apakah nama kerajaan tersebut? Kerajaan Islam?Kerajaan Melayu?Kerajaan campuran? Walau apa pun nama diberi, pada saya konsep perkongsian kuasa tetap akan berlaku jika kerajaan perpaduan ditubuhkan. Untuk apa kerajaan perpaduan ditubuhkan kalau bukan kerana ingin berkongsi kuasa pemerintahan, agar dapat la jugak kuasa nak memerintah tu walau sedikit. Letak la apa2 nama kerajaan pun, kuasa akan tetap dikongsi.

    ReplyDelete
  3. politik pemerintahan
    1. front government
    2. coalition governement
    3. unity governement

    msg2 ada definisi dan kaedah tersendiri.

    Istilah penting, untuk kita mendefinisi, menilai dan mentafsir. cuma kena elakkan putar belit istilah supaya xlari fokus perbincangan.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan perpaduan akan tetap bertunjangkan kepada prinsip perkongsian kuasa. Perlu diingat. UMNO masih menguasai pentas politik Malaysia dgn jumlah kerusi 78, berbandung PAS hanya 23 kerusi. PAS tidak akan jadi dominan dlm Kerajaan Perpaduan kerana jumlah kerusi UMNO jauh lebih tinggi, melebihi 3 kali ganda kerusi Pas. Di sini, kuasa tawar-menawar akan lebih banyak di tangan UMNO. UMNO masih kuat!!

    ReplyDelete
  5. masih dgn UG utk pas dan umno. saya hanya boleh tersenyum dari jauh.. =)

    ReplyDelete
  6. Pada sy, jika Pas mahu bentuk kerajaan perpaduan dgn UMNO serta dgn PKR dan DAP sekali, sepatutnnya Pas bawa dulu usul penting ni dlm mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat. Tidak perlu diumumkan dulu soal Kerajaan perpaduan (KP) jika masih belum ada perbincangan dan keputusan dlm Pakatan. Jika hendak dikatakan KP hanya berupa lontaran idea, adakah ia berupa lontaran idea bagi mencapai hasrat pembentukan KP? Jika bukan untuk pembentukan KP, perbincangan ilmiah hanya jadi sia-sia kerana tiada kesimpulan konkrit dibuat. Hj Hadi jelas membelakangkan keputusan muktamar Pas pada tahun 2008 yg menyokong Pakatan Rakyat. Mengapa masih Hj Hadi bangkitkan lagi soal kerajaan perpaduan ini? Itu maknanya Hj Hadi tak hormat keputusan muktamar yg juga merupakan suatu prinsip mesyuwarah (prinsip syura) dalam Pas. Debatkanlah dalam muktamar khas kalau nak buat KP pun! Inikah dia adab seorang pemimpin terhormat seperti Hj Hadi ni terhadap keputusan syura ??????

    ReplyDelete
  7. soalnya ialah knp berdegar2 sebut UG utk 2 parti shj? jwb yg tu dulu sblm buka isu lain.

    sy xpernah dgr kenyataan mana2 pemimpin yg mengeluarkan cadangan UG ini yg menyatakan cadangan UG ini ditujukan kepada umno. KALAU ADA SILA NYATAKAN.

    dalam sebuah keluarga pun, nak balik raya ke salah satu kampung memang perlukan perbincangan dan buat keputusan. tapi kalau suami sekadar memberi cadangan untuk pulang ke kampungnya, takkan lah nak beri cadangan pun kena bincang. mana pergi prinsip demokrasi yg diagungkan? ini teori mudah, tak perlu bincang panjang lebar.

    soal keputusan syura, sy rasa perlu baca kenyataan terbaru datuk harun taib. syura menutup kesilapan, tapi syura juga membuka ruang perbincangan selanjutnya. sesuatu keputusan syura bukan kekal hingga hari kiamat.

    sy tiada masalah utk berhujah ttg sesuatu isu scr ilmiah dan bertanggungjawab, tapi kalau cuba tutup 1 isu dgn buka isu lain, serupa la ahli politik yg pandai putar belit isu. bezakan antara mahasiswa dan ahli politik.

    saya mencadangkan supaya kita memfokuskan sesuatu isu terlebih dahulu dgn jelas , sebelum keluar kepada isu furu`.

    komen ini agak pedas, tidak seperti biasa. sekadar memberi pandangan.

    ReplyDelete
  8. Menjawap pertanyaan:

    Knp berdegar2 sebut UG utk 2 parti shj? jwb yg tu dulu sblm buka isu lain.

    Jawapan saya:

    Kerana UMNO dan Pas telah membuat rundingan sulit sejak tamat PRU 12 tahun 2008 yg lepas. Mengapa hanya berjumpa berdua secara sulit? Mengapa tidak jemput sama pimpinan PKR dan DAP? Masih ingat kejadian dimana ada pemimpin tertinggi Pas jumpa Pak Lah utk isu UG? Barangkali ada orang telah terlupa. Tidak mengapa. Lumrah manusia bersifat lupa. :)

    ReplyDelete
  9. Menjawab kenyataan:

    dalam sebuah keluarga pun, nak balik raya ke salah satu kampung memang perlukan perbincangan dan buat keputusan. tapi kalau suami sekadar memberi cadangan untuk pulang ke kampungnya, takkan lah nak beri cadangan pun kena bincang. mana pergi prinsip demokrasi yg diagungkan? ini teori mudah, tak perlu bincang panjang lebar.

    Jawapan saya:

    Beerdasarkan situasi balik raya di atas, ia masih belum mempunyai kata putus. Jadi, cadangan yg diutarakan diperlukan utk putuskan rumah mana nak di balik. Namun begitu, untuk kes kerajaan perpaduan, ia telah mempunyai kata putus dalam Muktamar PAs 2008 di Ipoh. Kata putus adalah menyokong Pakatan Rakyat. Jadi, sebarang perubahan terhadap keputusan muktamar memerlukan suatu muktamar khas untuk bincangakn kembali isu tersebut. Barangkali ada di kalangan kita yg memang gemar membangkitkan kembali sesuatu perkara sungguhpun ia telah mempunyai kata putus. Jika hendak memberi pandangan pun, biarlah pada medium yg betul. Bincang dalam muktamar khas, dan bukannnya buat kenyataan terbuka. Itu hanya mengundang situasi yg tidak menentu. Apa2 pun, biarlah isu kerajaan perpaduan diselesaikan dlm medium muktamar khas. Pembaca boleh lihat apa yg telah berlaku sekarang. Masing2 nak jadi hero dgn pendapat masing2 yg akhirnya akan mengundang perpecahan. Maka, muktamar khas adalah medium terbaik, dan bukannya kenyataan secara terbuka yg mengundang kontroversi.... :)

    ReplyDelete