Friday, June 26, 2009

Khutbah Jumaat: Budaya Membaca Menjana Ummah Gemilang

Pada hari ini (Jumaat 26 Jun 2009), khutbah Jumaat di Masjid UTM bertajuk "Budaya Membaca Menjana Ummah Gemilang". Khutbah ini banyak menggunakan nas al-Quran daripada wahyu yang pertama, iaitu "iqra" dalam menjadi asas kepada isi khutbah. Tuan khatib banyak memberi penekanan terhadap budaya membaca, namun apabila saya mendengar dengan teliti khutbah tersebut, tuan khatib kurang memberi penekanan pada perkara yang turut bersangkutan dengan ayat "iqra". Maksud saya, khutbah kali ini kurang menyentuh soal perbincangan ilmiah, perbahasan ilmiah, dan transformasi pengetahuan. Walaubagaimana pun, saya bersetuju jika khutbah ini memang sengaja memberi penekanan terhadap budaya membaca agar ia menjadi teras atau tapak kepada kegiatan yang berkaitan dgn keilmuan. Bak kata pepatah, "Masakan kita dapat berbahas dengab baik jika tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai perkara pokok perbahasan". Jadi, untuk khutbah yang seterusnya, adalah lebih baik untuk definisi budaya membaca diperluaskan dgn definisi budaya ilmu agar ia lebih dilihat luas maknanya dan tidak hanya terhenti dgn "membaca" sahaja.

Wednesday, June 24, 2009

Semarakkan Budaya Ilmu di Kampus

Kampus (yang selalu disinonimkan dgn universiti atau IPT) merupakan suatu tempat untuk sekelompok besar anak-anak muda bagi menimba ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi kemajuan dan pembangunan dari aspek ruhiyy, nafs, aqli, dan qalb.(Zaini Ujang, 2009). Untuk kampus ini berperanan dgn lebih berkesan sebagai medan melahirkan golongan ilmuan, maka kampus perlu dibudayakan dgn budaya ilmu. Perlu difahami bahawa budaya ilmu bukanlah semata-mata membaca buku, tetapi lebih daripada itu adalah melibatkan kegiatan perbincangan ilmiah, debat, perbahasan, dan semangat kesukarelawan bagi memasyarakatkan diri bersama komuniti.

Kampus perlu mempunyai suasana yang kondusif atau ekosistem berteraskan keilmuan bagi membolehkan ia menjadi suatu motivasi ekstrinsik (luaran) bagi golongan anak-anak muda untuk lebih gigih menimba ilmu. Di sini, perlunya tindakan-tindakan yang konkrit bagi membolehkan ekosistem keilmuan bertapak di kampus. Dicadangkan agar:

1) Kegiatan yang dilihat dpt membangunkan kemahiran insaniah perlu disemarakkan lagi dgn promosi berkesan khususnya untuk kumpulan sasaran (pelajar baru tahun pertama).
2) Budaya-budaya yang boleh melalaikan anak-anak muda seperti konsert yang lari daripada konsep keilmuan dan hikmah perlu dikekang daripada menular dalam kampus (ketegasan untuk menolak budaya hedonisme)
3)Ruang-ruang perbincangan dan perdebatan perlu diwujudkan dgn mengadakan aktiviti wacana ilmu dgn anak-anak muda (mahasiswa) turut diberi peluang dalam menyatakan pandangan mereka serta mengelak perbincangan berasaskan partisan, ampuisme, dan ikut-ikutan.
4)Pesta Konvokesyen yang menjadi lambang pengiktirafan universiti terhadap keilmuan golongan anak-anak muda terpelajar perlu berteraskan kepada nilai-nilai ilmu dan bukan dgn nilai-nilai yang tidak selari dgn tuntutan keilmuan (seperti membawa masuk artis yang tidak membawa mesej ilmu kepada anak-anak muda)

Sebenarnya, banyak lagi langkah yg boleh diambil dalam menyemarakkan lagi budaya ilmu di kampus.

Tuesday, June 23, 2009

Barisan Nasional memang masih kuat pun..

Terbaca saya mengenai kenyataan Dato seri Najib tentang penolakan Pakatan Rakyat terhadap kerajaan perpaduan. Rasanya, semua orang telah fahami bahawa maksud kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa pembangkang, yg menggabungkan kesemua parti politik dlm 1 platform pemerintahan. Pada realitinya, BN masih lagi parti yg kuat. Walaupun BN tak dpt 2/3 dlm dewan rakyat, tapi BN masih lagi boleh berdiri sebagai sebuah kerajaan. Mana tidaknya. Kerusi UMNO sahaja sudah 78 kerusi. Ini beerti, UMNO adalah parti tunggal yang sudah boleh menafikan penguasaan 2/3 dlm dewan rakyat, walau kesemua parti politik bergabung kerusi kemenangan! Lihatlah dgn mata realiti. UMNO masih kuat dalam pentadbiran negara. Atas sebab itu UMNO dan BN tak perlu lagi kerusi tambahan drp mana-mana parti pembangkang. Maka, biarkanlah Barisan Nasional sebagai kerajaan, dan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang.

"Kerajaan Yang Kuat Adalah Didorong oleh Pembangkang Yang Kuat"

Sistem Dua Barisan Wajar Dikekalkan

Pada minggu ini, isu kerajaan perpaduan dilihat telah mempunyai kata putus. Pakatan Rakyat (PR) telah menolak penubuhan kerajaan perpaduan bersama BN. Pada saya, keputusan ini adalah suatu yang baik untuk menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia. Maksud saya adalah, kewujudan 2 aliran perdana dlm pentadbiran negara adalah suatu yang bagus untuk rakyat. (Negara demokrasi adalah negara yang mengutamakan rakyat). Negara yang mempunyai kerajaan tanpa pembangkang adalah suatu yang tidak baik untuk rakyat. Negara seperti Malaysia wajar mempunyai kerajaan dan pembangkang agar mekanisme 'check & balance' dpt dilaksanakan dgn lebih berkesan.

Melihat kpd senario politik negara pasca PRU 12, negara dilihat telah mempunyai 2 aliran perdana politik negara, iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. 2 aliran perdana ini adalah manifestasi drp keputusan PRU 12 tahun lalu. Kewujudan 2 aliran perdana ini mempunyai kebaikan untuk rakyat. Bagaimana ia jadi begitu? Jawapannya adalah, 2 aliran ini akan cuba untuk mengambil hati rakyat, mengutamakan rakyat, serta bertindak dgn memikirkan kepentingan rakyat. Jadi, persaingan untuk menambat hati rakyat telah membolehkan rakyat mempunyai pilihan untuk memilih parti mana yg akan menjadi kerajaan kelak. 2 aliran ini iaitu BN dan PR akan cuba untuk menyediakan pakej terbaik untuk rakyat, membuat dasar-dasar yang menuntungkan rakyat, serta berusaha untuk bertindak dgn mendahulukan rakyat. Jadi, dalam situasi sebegini, rakyatlah yg paling untung.

Saya berharap agar Pakatan Rakyat menjadi pembangkang yg kuat untuk menegur Barisan Nasional demi kepentingan rakyat. Saya juga berharap, seandainya Pakatan Rakyat diberikan peluang oleh rakyat untuk menjadi kerajaan persekutuan, Barisan Nasional akan menjadi pembangkang yg kuat untuk mengimbangi kuasa Pakatan Rakyat.

Teruskan dgn sistem 2 aliran perdana ini. Rakyat akan untung, persaingan menambat hati rakyat akan kian bercambah, dan BN serta PR akan saling mengimbangi kuasa jika mendapat mandat memerintah. :)

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan: Kembali kepada Keputusan Muktamar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya isu kerajaan perpaduan semakin hangat diperkatakan. Seperti biasa, ada pihak yg menyokong dan ada juga pihak yg menentang. Jadi, 2 pihak ini mempunyai hujah tersendiri. Pada pandangan saya, isu kerajaan perpaduan ini telah berbangkit sejak berakhirnya Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12). Namun begitu, pada peringkat parti Islam Semalaysia (PAS), mereka telah membuat keputusan dalam muktamar mereka di Ipoh pada tahun 2008 untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR). Jadi, pihak-pihak dalam PAS yang telah membangkitkan kembali isu kerajaan perpaduan hakikatnya tidak mematuhi keputusan yang telah dibuat sewaktu muktamar tersebut. Muktamar boleh diibaratkan juga sebagai suatu mesyuarat agung yg menepati konsep syura dalam Islam. Jadi, sepatutnya keputusan muktamar yg berupa sebuah keputusan secara syura wajar dihormati oleh setiap pendokong parti Pas. Ini sebagai mencerminkan sikap manusia yg beradab dan hormat terhadap keputusan dalam musyawarah. Maka dengan itu, tidak sepatutnya isu kerajaan perpaduan dibangkitkan lagi jika isu tersebut telahpun mempunyai kata putus. Jadi, sebarang perubahan terhadap keputusan muktamar perlu kepada sebuah muktamar khas bagi membincangkan kembali isu tersebut. Kenyataan-kenyataan secara terbuka dalam sidang media terhadap isu yang telah ada kata putus mencerminkan sikap tidak beradab terhadap kata putus yang telah pun diambil. Tiada gunanya kita membuat muktamar jika kata putus dalam muktamar tidak dipatuhi. Sebab itulah, Mursyidul Am Pas secara ringkas menyebut isu kerajaan perpaduan sebagai- Karut.

Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan: UMNO Rugi, PAS juga rugi

Ilmu Mantik berbunyi sebagai berikut:

Jika A=B, dan B=C, maka A=C.

A: Anak-anak Muda tidak menyokong UMNO
B: PAS akan menyokong UMNO
Kesimpulan: Anak-anak Muda tidak akan sokong PAS.

Ilmu mantik ini boleh digunapakai dlm soal penubuhan kerajaan perpaduan. Walaupun ada pihak berhujah bahawa kerajaan perpaduan akan membolehkan umat Islam bersatu, pada saya itu tidak tepat. Berdasarkan pola pengundian anak-anak muda dlm Pilihanraya (PRU) 12 tahun 2008 serta siri2 pilihanraya kecil, adalah jelas bahawa anak-anak muda secara majoriti tidak menyokong UMNO. Masalah rasuah yg kritikal dlm UMNO menyebabkan anak-anak muda menjauhi UMNO, ditambahkan lagi dgn jiwa anak-anak muda yg bersifat kritikal terhadap kerajaan.

Jadi, jika PAS mengambil langkah untuk menjalin kuasa dgn UMNO dlm wadah kerajaan perpaduan, maka anak-anak muda akan berfikir bahawa Pas mahu berbaik-baik dgn sebuah parti yang ditolak oleh anak muda. Jadi, anak-anak muda akan membuat kesimpulan bahawa Pas akan tunduk kepada sebuah parti yg tidak disukai mereka. Apabila keadaan begini berlaku, anak-anak muda ini akan berani membuat undi protes dgn tidak menyokong UMNO mahupun PAS disebabkan dlm fikiran mereka PAS dan UMNO 2 kali lima sahaja. Anak-anak muda ini tidak akan berasa segan silu utk mengundi PKR dan DAP jika itu sahaja pilihan yg tinggal. Apabila keadaan begini terjadi, besar kemungkinan jumlah kerusi Pas dan UMNO tidak akan melebihi jumlah kerusi PKR dan DAP pada PRU-13 nanti. Maka, dlm keadaan ini, PAS dan UMNO sama-sama rugi. Akan tetapi, PAS lebih rugi kerana telah mensia-siakan sokongan anak muda pada PRU 12 yg lalu.

Jika diteliti pada pendapat sy di atas, mengapa saya lebih tekankan soal sokongan anak-anak muda? Jawapan saya: Ini kerana anak-anak muda akan lebih ramai yg menjadi pengundi pada pilihanraya akan datang. Sokongan anak muda terhadap sesebuah parti sangat penting sebagai menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan kelak.

Kesimpulan saya: Dalam jangka masa panjang, kerajaan perpaduan merugikan UMNO dan PAS dan bukan menguntungkan. PKR dan DAP adalah yg lebih untung, ditambahkan lagi dgn sokongan padu masyarakat bukan Islam terhadap PKR dan DAP. Apabila undi anak-anak muda lebih byk pergi kpd PKR dan DAP, maka ruyuplah UMNO dan PAS. Inikah yang kita mahukan?

Lu pikirlah sendiri! (Nabil)

Monday, June 15, 2009

Kenyataan Anwar Menjadi Pengimbang Kenyataan Hj Hadi

Salam. Pada ketika ini, masih lg diperkatakan isu Chin Peng dan Kerajaan Perpaduan. Utk pengetahuan pembaca, 2 isu ini mempunyai kaitan soal politik bg gagasan Pakatan Rakyat. Merujuk kpd kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim yg menyokong Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, kenyataan ini dilihat sebagai suatu pengimbang kepada idea kerajaan perpaduan yg diutarakan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Hadi (Presiden PAS). Bagaimana ia menjadi pengimbang??Begini:

Ketika mana Hj Hadi mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan, masyarakat bukan Melayu telah menjadi sangat gusar dan bimbang. Ini disebabkan rakyat bukan Melayu telah hampir secara total menolak UMNO dan Barisan Nasional pd Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008. Rakyat bukan Melayu telah mula utk berjinak-jinak dgn PAS dan lebih sayang kpd PAS berbanding UMNO. Jadi, bagi rakyat bukan Melayu, gagasan kerajaan perpaduan oleh Hj Hadi akan membolehkan UMNO kembali bangkit sebagai parti dominan dlm kerajaan. Ini adalah sesuatu yg tidak disukai oleh bukan Melayu. Maka dgn itu, bagi meneutralkan semula keadaan yg tidak menentu ini, Anwar telah mengeluarkan kenyataan menyokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Motif Anwar adalah jelas. Anwar mahu rakyat bukan Melayu kekal menyokong Pakatan Rakyat dan mahu mengekalkan undi mereka untuk Pakatan Rakyat. Maka, disebabkan gagasan Kerajaan Perpaduan telah menyebabkan masyarakat bukan Melayu mula menjauhi Pas dan Pakatan Rakyat, Anwar mengambil peluang isu Chin Peng bagi mengembalikan semula sokongan rakyat bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat.. Oleh itu, kenyataan Anwar perlu dilihat sebagai suatu strategi Pakatan Rakyat dalam mengekalkan sokongan bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat. Pendek kata, jika pengundi bukan Melayu tidak mahu mengundi PAS, maka bukan Melayu masih boleh mengundi PKR dlm PRU ke-13 nanti. Jadi, sokongan bukan Melayu terhadap PKR dan DAP dapat dikekalkan.
Ini adalah bacaan politik saya terhadap tindakan Anwar menyokong kepulangan Chin Peng.

Thursday, June 11, 2009

Kerajaan Perpaduan: Kenapa Dua Pemimpin Tertinggi Pas Tidak Senada?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada ketika ini, masih hangat lg dibincangkan soal kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas. Ia lahir daripada buah fikiran Tuan Presiden Pas, Ustaz Hj Hadi Awang. Apa yang menarik untuk dilihat, cadangan kerajaan perpaduan ini telah dibantah dengan keras oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz. Beliau amat tidak bersetuju tentang gagasan kerajaan perpaduan disebabkan pengalaman beliau dlm berhadapan UMNO ketika era kerajaan perpaduan dalam tahun 70-an. Tuan Guru Nik Aziz hakikatnya merupakan dakhoda tertinggi dalam Pas. Sebab itu beliau pernah meminta Hj Hadi agar berjumpa dahulu 'nakhoda Pas' untuk kemukakan idea kerajaan perpaduan. Pada muktamar Pas baru2 ini, Ustaz Hj Hadi sekali lagi mengemukakan gagasan kerajaan perpaduan. Ini adalah suatu yg paling ribut pernah berlaku antara 2 pemimpin tertinggi. Apa yg jelas, 2 pemimpin tertinggi ini iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi ternyata tidak mencapai konsensus (persetujuan bersama) dlm isu kerajaan perpaduan. Walaupun dalam Pas banyak pemimpin yg mempertahankan idea kerajaan perpaduan ini, namun sudah pastinya ia tidak selari sama sekali dgn pendirian Mursyidul Am Pas sebagai nakhoda tertinggi. Jadi, walau apapun hujah digunakan untuk mendirikan kerajaan perpaduan meskipun dgn dalil al-Quran tidak akan mampu memadam kemusykilan yg timbul di kalangan orang awam mengapa Mursyidul Am menolak saranan kerajaan perpaduan ini. Pendek kata, sebelum Pas nak laksana kerajaan perpaduan ini, eloklah dapatkan dulu konsensus dgn Mursyidul Am kerana beliau nakhoda tertinggi Pas.

Wednesday, June 10, 2009

Wajibkan Lulus BI dalam SPM, Mansuhkan PPSMI

Assalamualaikum dan salam sejatera.
Sekarang masih hangat lagi isu mahu mewajibkan subjek BI lulus dalam SPM. Pada hemat saya, cadangan tersebut adalah sesuatu yang wajar bagi memastikan pelajar dapat menguasai BI dengan baik. Akan tetapi, jika cadangan ini mahu dilaksanakan, saya berpendapat bahawa PPSMI wajar dimansuhkan. Seperti yang kita sedia maklum, PPSMI dilaksanakan adalah bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam BI. Jadi, pada saya, jika matlamat inilah tujuan sebenar PPSMI dibuat, maka adalah lebih molek jika BI diwajibkan lulus dalam SPM dengan PPSMI itu dimansuhkan. Jadi, para pelajar akan lebih sedar tentang peri pentingnya BI dalam kehidupan mereka. PPSMI tidak perlu dijalankan lagi jika cadangan mewajibkan lulus BI dalam SPM dilaksanakan. Apa yang lebih penting adalah meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek BI di sekolah-sekolah dengan berpandukan kepada pendekatan baru yang lebih disukai pelajar pada era kini. Pertuturan dan penulisan dalam BI wajar dimantapkan agar para pelajar dapat dipersiapkan dengan cabaran mendatang yang memerlukan mereka menguasai BI dengan baik.

Monday, June 8, 2009

Pemimpin Warak vs Pemimpin Bijak

Sifat warak dan bijak adalah sifat yg wajar dimiliki oleh setiap insan yg bergelar pemimpin, sama ada peringkat negara, negeri, daerah, kampung, atau sebagainya. Namun, 2 sifat ini bukanlah suatu yg semua pemimpin miliki. Ada pemimpin yg dilihat warak, tetapi jika dilihat pada pemikiran dan tindakannya, banyak yg dilihat pincang dan tidak menguntungkan. Maka, andaian mudah adalah, pemimpin itu tidak bijak. Kebijaksanaan merupakan sifat yg Allah swt kurniakan paling jelas kpd manusia yg pertama diciptakan iaitu Nabi Adam a.s. Nabi Adam diakui oleh semua malaikat sebagai seorang insan yg bijak tatkala Allah swt menciptakan baginda. Kebijaksanaan Nabi Adamlah yg membezakan antara Nabi Adam dan para malaikat. Tatkala Allah memberikan pilihan kepada Nabi Adam antara kebijaksanaan atau kewarakan, Nabi Adam memilih kebijaksanaan. Di sini dpt dilihat jelas bahawa pemimpin yg bijak itu adalah lebih baik drp pemimpin yg warak. Seseorang pemimpin itu boleh sahaja memaparkan perwatakan yang dilihat Islamik pada pandangan mata, akan tetapi jika pemimpin itu tidak mempunyai sifat kebijaksanaan, maka kehancuranlah akan menanti di hadapan mata. Pemimpin yg tidak bijak ini akan mudah ditipu oleh musuh, gagal dlm mentadbir organisasi yg dipimpin, serta boleh menghancurkan agama. Jika dibandingkan dgn pemimpin yg bijak tetapi tidak dilihat warak, pemimpin sebegini akan bijak dlm menjaga agama, negeri, negara, dan rakyat daripada kehancuran. Pemimpin yg bijak ini jika disusuli dgn sifat kewarakan, maka akan terpancarlah sinar kepemimpinannya dan muncul sebagai insan terulung. Rasulullah saw adalah role-model kepada contoh pemimpin yg bijak dan warak. Baginda bijak dlm mengatur strategi hingga berjaya membawa Islam ke arah kegemilangan di negara Islam Madinah al-Munawwarah. Katakan ya kepada kebijaksanaan dan kewarakan!!

Saturday, June 6, 2009

Setiap Manusia Perlu Miliki Ilmu Kepimpinan dan Pengurusan

Assalamualaikum..

"Setiap Manusia Perlu Miliki Ilmu Kepimpinan dan Pengurusan"

Hakikat di atas adalah sesuatu yg tidak semua orang sedar akan kebenarannya. Ilmu kepimpinan dan pengurusan adalah sesuatu yg semua orang perlu miliki. Ilmu ini tidak hanya peru dimiliki oleh para pemimpin politik sahaja. Ini disebabkan ilmu ini akan digunakan sepanjang kita hidup di dunia ini. Paling jelas adalah ketika seseorang mendirikan rumah tangga. Ketika mendirikan rumah tangga, setiap pasangan suami-isteri perlu memiliki sifat kepimpinan dan mengurus dgn baik agar kebahagiaan rumah tangga dpt diwujudkan. Bayangkanlah jika rumah tangga diurus secara membabi buta, hentam keromo, dan semborono. Ini adalah sesuatu yg amat malang bg keluarga tersebut. Sudah pastinya setiap insan mahu mendirikan rumah tangga pada masa hadapan. Jadi, ilmu kepimpinan dan pengurusan akan menjadi ilmu yg amat perlu dimiliki oleh kita semua, tidak terkecuali satu pun. Oleh yg demikian, saya menyeru kepada rakan-raka sekalian untuk sama-sama mempelajari ilmu kepimpinan dan pengurusan ini bermula drp sekarang. Usah ditunggu kursus perkahwinan. Mulakanlah dari sekarang agar kita akan memimpin dan mengurus rumah tangga kita kelak dgn baik dan cemerlang.

Tuesday, June 2, 2009

Usah Terlalu Aktif @ Terlampau Relaks!!

Salam. 4 tahun sudah saya belajar di UTM Skudai. Insya-Allah pada bulan Julai nanti akan masuk tahun ke-5 saya di UTM kerana akan buat Master pula. Selama 4 tahun saya bergerak aktif dlm aktiviti kampus dan kolej, banyak benda yang boleh saya ulas. Isu yg paling popular adalah mengenai persepsi kebanyakan mahasiswa bahawa aktivti atau program di kampus akan membuatkan akademik mereka jatuh. Jika diteliti pada persepsi ini, ia lahir adalah disebabkan kegagalan beberapa mahasiswa yang aktif di kampus atau kolej dalam menguruskan masa dengan bijak. Kegagalan mereka inilah menyebabkan timbulnya persepsi sedemikian rupa. Jadi, untuk menjadikan masa kita terurus, maka jalan paling bijak adalah dengan meletakkan keaktifan pada berprogram itu pada tahap yang sederhana. Dalam erti kata lain, tidak boleh terlalu bussy/sibuk atau pun terlalu relaks sahaja tanpa buat apa2 di kampus. Terlalu bizi akan menyebabkan diri seseorang kehilangan banyak masa untuk mengurus diri sendiri yang sudah pastinya akan menjadikan masa study mereka terlalu sedikit atau tiada langsung!!!. Namun begitu, jika kita relaks sahaja tanpa buat aktiviti, kita akan banyak tidur, main game,atau ape2 sahaja yg membuang masa.Kita akan beranggapan masa kita terlalu banyak, maka relax2 aje pun ok! hahh! Inilah punca mengapa ada mahasiswa yg tak reti cakap masa interview, tak pandai present, dan juga tak reti urus program kalau ditakdirkan Boss anda bagi projek kat anda!
Maka, kesimpulannya, kalau nak beraktiviti tu biarlah pada tahap yg sederhana sahaja. Tak perlulah nak letak impian tu terlampau tinggi sampai banyak sangat masa nak dipakai untuk program. Tapi, jgn lah pulak jadik relax sangat sampai byk tidur! Siap haribulan, result exam anda lebih rendah daripada mereka yg aktif program. Perkara ini benar2 berlaku, bukan penipuan!!

Monday, June 1, 2009

Pembiayaan Kewangan Sewaktu Latihan Praktikal: Suatu Keperluan

Salam. Kini telah timbul isu mengenai kesusahan yg dialami oleh sebahagian besar mahasiswa yg sedang mengikuti latihan praktikal. Isu paling hangat adalah berkaitan pembiayaan kewangan atau kos sara hidup sewaktu praktikal. Seperti yg kita sedia maklum, latihan praktikal biasanya dibuat pada cuti semester panjang. Pada waktu itu, tiada wang diterima untuk kos sara hidup utk latihan praktikal. Kalau adapun, terdapat hanya beberapa pelajar mendapat gaji atau elaun yg diberikan oleh pihak majikan khususnya pihak swasta di tempat kerja tersebut. Maka, bagaimana pula bagi pelajar yg tidak mendapat sebarang elaun atau biaya kewangan sewaktu latihan praktik? Masalah ini harus diatasi secara serius oleh pihak universiti dan kementerian pengajian tinggi. Kekangan kewangan yg dialami oleh pelajar sewaktu praktikal adalah suatu masalah yg memang berlaku pada masa kini. Maka, adalah wajar bagi pihak universiti dan kementerian dengan saluran perantaraan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk berbincang untuk menyelesaikan permasalahan ini. Secara prinsip, bantuan kewangan yang hendak disalurkan perlulah menepati beberapa syarat agar mahasiswa yang benar2 memerlukan bantuan kewangan sahaja yang layak untuk menerima pembiayaan tersebut. Saya mencadangkan agar pelajar diberikan bantuan kewangan RM 1000 selama menjalani latihan praktikal. Wang ini adalah bagi membiayai kos makan-minum, sewa rumah, pengangkutan, dan sebagainya. Jadi, pada saya pemberian RM 1000 ini adalah munasabah kerana kos sara hidup di luar kampus adalah jauh lebih tinggi berbanding dalam kampus.