Monday, June 8, 2009

Pemimpin Warak vs Pemimpin Bijak

Sifat warak dan bijak adalah sifat yg wajar dimiliki oleh setiap insan yg bergelar pemimpin, sama ada peringkat negara, negeri, daerah, kampung, atau sebagainya. Namun, 2 sifat ini bukanlah suatu yg semua pemimpin miliki. Ada pemimpin yg dilihat warak, tetapi jika dilihat pada pemikiran dan tindakannya, banyak yg dilihat pincang dan tidak menguntungkan. Maka, andaian mudah adalah, pemimpin itu tidak bijak. Kebijaksanaan merupakan sifat yg Allah swt kurniakan paling jelas kpd manusia yg pertama diciptakan iaitu Nabi Adam a.s. Nabi Adam diakui oleh semua malaikat sebagai seorang insan yg bijak tatkala Allah swt menciptakan baginda. Kebijaksanaan Nabi Adamlah yg membezakan antara Nabi Adam dan para malaikat. Tatkala Allah memberikan pilihan kepada Nabi Adam antara kebijaksanaan atau kewarakan, Nabi Adam memilih kebijaksanaan. Di sini dpt dilihat jelas bahawa pemimpin yg bijak itu adalah lebih baik drp pemimpin yg warak. Seseorang pemimpin itu boleh sahaja memaparkan perwatakan yang dilihat Islamik pada pandangan mata, akan tetapi jika pemimpin itu tidak mempunyai sifat kebijaksanaan, maka kehancuranlah akan menanti di hadapan mata. Pemimpin yg tidak bijak ini akan mudah ditipu oleh musuh, gagal dlm mentadbir organisasi yg dipimpin, serta boleh menghancurkan agama. Jika dibandingkan dgn pemimpin yg bijak tetapi tidak dilihat warak, pemimpin sebegini akan bijak dlm menjaga agama, negeri, negara, dan rakyat daripada kehancuran. Pemimpin yg bijak ini jika disusuli dgn sifat kewarakan, maka akan terpancarlah sinar kepemimpinannya dan muncul sebagai insan terulung. Rasulullah saw adalah role-model kepada contoh pemimpin yg bijak dan warak. Baginda bijak dlm mengatur strategi hingga berjaya membawa Islam ke arah kegemilangan di negara Islam Madinah al-Munawwarah. Katakan ya kepada kebijaksanaan dan kewarakan!!

13 comments:

  1. apa maksud pemimpin warak?
    maksud pemimpin bijaksana?

    apa beza dengan pemimpin bijak yang bertaqwa?

    ReplyDelete
  2. Ketaqwaan dan kebijaksanaan adalah 2 benda yg berbeza. Seseorang pemimpin ulung perlu memiliki kebijaksanaan dan ketaqwaan. Apabila disebut warak, ia lebih pd soal yg dilihat pd pandangan mata kasar. Orang yg dilihat warak belum dpt dipastikan lg adakah dia bertaqwa, kerana taqwa itu Yang Maha Esa dan yg empunya diri lebih tahu akan tahapnya. Bila disebut kebijaksanaan, ia bersifat kepandaian atau kecerdikan seseorang dlm mengatur strategi bg sesuatu perkara yg diinginkan. Pembaca juga boleh berkongsi pandangan mengenai hal ini dgn Saudara Mohd Izwan Yusof. Beliau pernah berbicara dgn saya perihal kewarakan dan kebijaksanaan pemimpin.

    ReplyDelete
  3. sekadar berkongsi pandangan~~

    definisi warak bagi saya bukan soal penampilan 'berjubah dan berkopiah'.

    taqwa ada indikatornya sendiri. Apa yang paling rahsia disisi Allah Ikhlas.

    maksud taqwa (tafsiran dari ulama) - takut kepada Allah, beramal dengan apa yang diturunkan (Alquran dan sunah), ridha dengan ketentuan Allah.

    taqwa lahir dari keimanan. kaitan iman dan amal ada dalam surah ibrahim. amal yang dilakukan menggambarkan tahap ketaqwaan sesorang kepada Allah.

    kata as-syibli, wara` adalah sifat@ upaya untuk menghindarkan diri dari hal2 tiada kaitan dgn Allah. dgn kata lain, wara` juga ada kaitannya dgn taqwa. taqwa berkait dengan iman dan pangkalnya ialah akidah.
    kalau ibrahim bin adham, dia definisikan wara` sbg meninggalkan bnd2 yg berpekdah. bnyk lg mkna2 wara` yg boleh kte petik dalam membuat penilaian.

    ali menyatakan kebesaran agama adalah terletak pada wara`.

    sy boleh simpulkan wara` adalah manifestasi dari taqwa. tindakan yang ditafsirkan sbg 'org warak' ialah tindakan dr seorang yang tinggi tahap taqwanya.

    sy amat takut bila ada pemikiran yg memisahkan soal taqwa dan kebijaksanaan, apatah lagi dalam soal memimpin. memimpin adalah menjadi khalifah. dan tgs khalifah adalah iqamatud din, wasiasatud dunya bihi. ini yang muslim perlu pegang. Perlu dibezakan dgn politik. politik adalah proses, bukan tujuan.

    sy yakin, situasi hari ini adalah kesan fahaman sekular yg meresap dlm org Islam, apabila memisahkan agama dari kehidupan, maka wujud persepsi mengatakan sifat BIJAK dalam seorang pemimpin adalah lebih PENTING berbanding sifat TAQWA. saya takut betul hal ini. cuba baca buku Malapetaka Darwinisme Terhadap Kemanusiaan. mungkin tuan tanah dah baca, sy cuma berkongsi.

    Bijak perlu, dan bijak sangat perlu untuk dipandu dengan taqwa.

    jika ditanya pendapat saya, saya akan menolak pemimpin yang sangat bijak yang tidak bertaqwa, yakni memerintah tidak berlandas Quran dan Hadis. dan saya juga akan menolak orang bertaqwa yang tidak bijak.

    negara hari ni perlukan pemimpin yang bijak dan bertaqwa. Nabi saw contoh terbaik, beliau seorang bapa kpd orang2 bijak, dan bapa kepada segala wali, yakni org yang paling bertaqwa.

    ttpi hasil dari pengaruh barat dalam sistem pendidikan negara kita, telah wujud blok2 akademik. yang alim terus alim, yang bijak terus bijak. dulu tiada usaha untuk meng-alim-kan orang bijak, dan org alim terus jumud dgn pemikiran yang sempit, dalam erti kata yang tertentu. tapi, kini sudah wujud usaha2 utk memprofesionalkan ulama, dan mengulamakan profesional. inilah ajaran Islam sebenar, yang bersifat alamiyah.

    dalam melalui proses tersebut yg pasti masih panjang, saya rasa ada formula utk membantu proses tersebut. menggabungkan kekuatan orang 'bertaqwa' dan orang 'bijak'. Apatah lagi kita berjaya mengumpul orang2 bijak yang bertaqwa. Dan sistem syura atau kumulatif perlu digunapakai. dalam membuat keputusan, perlu keluar dari sebuah sistem syura yang menggabungkan ulama dan profesional.

    Di sinilah kekuatan sistem Islam, sistem syura.

    saya akhiri komen yang berbentuk artikel ini dgn kata-kata Umar Abdul Aziz (memerintah selama 2 tahun, tapi dikagumi selama lebih seribu tahun) :

    "Syura dapat menutup pintu kesilapan"

    sory pnjg2.. sekadar berkongsi pendapat dan idea. Islam meraikan perbezaan pendapat, hakikatnya perlu kembali kepada kesatuan sumber kita, kembali kepada Allah dan Rasul.

    ReplyDelete
  4. Saya berpendapat bahawa jika kita mendapat pemimpin yg warak dan juga bijak, maka itulah yg terbaik utk kita miliki. Tetapi, pada hari ini tidak semua pemimpin ini bijak dan warak. Ada yg bijak tapi tak warak. Ada yg warak tapi tak bijak. Maka, dlm situasi begini, pemimpin bijak tetapi tidak dilihat warak adalah lebih baik drp yw warak tapi tak bijak. Pemimpin yg bijak ni tau bagaimana nak berdepan dgn cabaran. Sebaliknya yg tidak bijak pula amat mudah tertipu dgn perancangan musuh. Pemimpin sebegini kelak blh membawa kehancuran jika tiada kebijaksanaan dlm dirinya

    ReplyDelete
  5. http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/polemik-kerajaan-perpaduan-kenapa.html

    utk lebih selamat dalam menilai, suka sy merujuk ulasan ulama. semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. Barangkali 2 peristiwa ini boleh menjadi hujah mengapa kebijaksanaan itu lebih diutamakan:

    1)Pada saat Nabi Adam dicipta oleh Allah, Allah memberi Adam 2 pilihan sama ada kebijaksanaan atau kewarakan. Nabi Adam memilih kebijaksanaan.

    2)Pada saat turunnya wahyu pertama, Allah telah berfirman sebagai "Bacalah" yg memberi makna terhadap ilmu sebagai asas kebijaksanaan.Allah tidak turunkan wahyu pertama sebagai yang berbunyi seperti "Wahai manusia, hendaklah kalian bertakwa kepada Allah". Warak adalah cerminan takwa.

    Jadi, 2 peristiwa di atas cukup menggambarkan akan pentingnya kita mempunyai kebijaksaan sebagai asas, kerana dgn kebijaksanaan, sseorang akan mampu mencari kebenaran yg hakiki lantas dgn itu takwa mereka akan turut sama dibina mengikut kebijaksanaan yg dimiliki.

    ReplyDelete
  7. einstien seorang yang bijaksana, jika dicari kebenaran, sudah ada depan mata. tapi taqwa masih tidak hadir.

    apakah hujah siapa bijaksana pasti berjumpa dengan taqwa yang akan membawa kepada warak relevan?

    konsep syura dalam islam membentuk suatu team yang sempurna untuk memerintah.

    contoh
    jika orang no 1 bijaksana, dan no 2 orang yg bertaqwa, maka segala asas fahaman agama akan dicontrol oleh org yg bijaksana.

    jika orang no 1 bertaqwa, dan no 2 orang bijaksana, maka segala idea dari kebijaksanaan akn dicontrol oleh org bertaqwa, yakni mengikut ajaran agama secara syumul.

    Persoalannya, adakah proses nak men'taqwa'kan pemerintahan lebih penting dari mem'bijaksana'kan pemerintahan dalam konteks kita sbg khalifah Islam? atau sebenarnya kita perlukan otak-otak yang bijak dengan dipandu oleh otak yang bertaqwa.

    syura adalah kolektif. check and balance.

    idea menggali parit dalam perang khandak bukan datang dari Nabi, tapi Salman, orang Parsi yang BIJAKSANA dalam stategi perang. Ideanya dipandu oleh Nabi, orang yang paling WARAK dan oleh kerana ideanya tidak bertentangan syarak, ideanya diterima oleh Nabi.

    Nabi Adam adalah seorang NABI. Dan oleh kerana dia seorang utusan Allah, fitrahnya adalah bertaqwa dan pemusatan akidahnya hanya kepada Allah. Maka Nabi Adam secara fitrahnya adalah seorang WARAK@ bertaqwa.

    dalam surah albaqarah ayt 31, membawa maksud kebijaksanaan Nabi adam adalah satu anugerah.

    Bilal adalah seorang hamba yang hina sebelum masuk islam. dia bukan seorang bijaksana. tapi oleh kerana tingkat ketaqwaan @ kewarakan dia sangat tinggi, maka dia diberi penghormatan untuk memimpin Azan.

    'bacalah' dari maksud tersirat adalah supaya manusia mengkaji segala ilmu, supaya menjadi berilmu. dan berilmu itu akan membawa kepada ketaqwaan kepada Allah. segala ilmu dan benda di dunia ini adalah untuk membawa kepada ketaqwaan kepada Allah. Jadi TAQWA@warak adalah matlamat, berilmu adalah proses.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Barangkali kita telah tahu bahawa ketika mana Nabi Adam diciptakan, para malaikat telah diperintahkan oleh Allah utk sujud kepada Nabi Adam. Di kalangan malaikkat ada yg enggan bersujud kepada Adam. Ketika mana Allah bertanyakan malaikat perihal pengetahuan yg diajar oleh Allah kpd Adam, para malaikat tidak mampu utk menjawab pertanyaan Allah. Di sini, para malaikat telah tunduk kpd seorang yg bijaksana iaitu Adam as yg baru sahaja diciptakan oleh Allah. Utk pengetahuan pembaca, para malaikat telah beribadat kpd Allah lebih dari 6000 tahun sebelum Adam diciptakan. Jadi, adalah jelas bahawa dari segi taraf Adam dan malaikat, Adam adalah lebih mulia disebabkan kebijaksanaan Adam yg Allah kurniakan kepada Adam as. Bayangkan, malaikat yg telah beribadat lebih 6000 tahun telah diperintah untuk sujud kepada Adam yg baru diciptakan! Ini adalah suatu yg jelas akan darjat kebijaksaan Adam disisi Allah ketimbang ibadat 6000 tahun oleh malaikat.

    ReplyDelete
  9. Tambahan kpd hujah saya di atas, jika dikatakan oleh saudara Hafizul Helmi di atas bahawa "segala ilmu dan benda di dunia ini adalah untuk membawa kepada ketaqwaan kepada Allah. Jadi TAQWA@warak adalah matlamat, berilmu adalah proses." Jadi, berdasarkan hujah beliau, maka saya telah dapat menangkap akan pentingnya kebijaksaan dalam mencapai ketakwaan di sisi Allah. Jika dikatakan kebijaksanaan itu sebagai jalan mencapai ketakwaan, maka adalah jelas bahawa untuk mencapai ketakwaan yg tinggi, perlu kpd kebijaksanaan sebagai jalan menuju matlamat tersebut iaitu takwa.

    ReplyDelete
  10. Untuk santapan minda para pembaca. Saya akan bawa satu lg hujah bagaimana yg dikatakan kebijaksanaan sebagai jalan utama membina ketakwaan dan kewarakan. Sebagai contoh dlm hal seseorang muallaf yg memeluk Islam.
    Seseorang muallaf yg memeluk Islam bukanlah memeluk Islam secara membabi buta atau semborono. Orang bukan Islam memeluk Islam setelah beliau melalui suatu proses kebijaksanaan dlm memikirkan tentang Islam. Sudah pastinya sebelum memeluk Islam, beliau masih lagi belum beriman kepada Allah, kitab al-Quran, atau hadis. Jadi, pembacaan dan penyelidikan yg dilakukan beliau lebih berkisarkan kepada penggunaan akal yg dikurniakan oleh Allah. Sebelum memasuki Islam, sudah pastinya beliau mengalami proses ketidakyakinan terhadap agama yg sedang dianuti, lantas membuat pembacaan tentang agama-agama lain yg berkemungkinan lebih baik drp agama mereka. Mereka akan membaca pelbagai fakta dan maklumat. Di sinilah bermulanya penggunaan kebijaksanaan akal dalam menilai fakta yang mereka temui tentang beberapa perkara mengenai agama lain. Maka, setelah itu, beliau akan berjumpa dgn orang-orang yg berautoriti tentang agama perihal fakta yg mereka temui. Di sini, sekali lagi kebijaksanaan digunapakai bagi membuat penilaian terhadap fakta yg dikemukakan oleh org yg berautoriti terbabit. Dan pada akhirnya, setelah pelbagai penyelidikan dan pembacaan dibuat dengan berasaskan hikmah kebijaksanaan, maka org bukan Islam tersebut memeluk Islam. Oleh yang demikian, iman dan takwa seseorang muallaf terbina setelah melalui proses kebijaksanaan dlm menyelidik fakta tentang Islam. Sudah pastinya, jika sebelum masuk Islam, mereka belum lagi beriman, baik kepada kepada Allah atau al-quran atau hadis. Jadi, adalah jelas bahawa kebijaksanaan menjadi sarana atau wasilah atau jalan penting dalam membina ketakwaan dan keimanan kepada Allah. Tanpa jalan wasilah, bagaimana mungkin matlamat (takwa kepada Allah)hendak dicapai??? Ibaratnya seperti hendak memotong buah, tetapi tidak mempunyai alat untuk memotong buah tersebut.

    ReplyDelete
  11. proses umar al-khattab masuk islam, teori apa pula yg nak digunakan?

    beliau masuk islam hanya selepas terbaca sepotong ayt yg bermaksud :

    "taha, tidak kami menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan. hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah"

    antara pemimpin yang menghampiri matlamat (bertaqwa@warak) dengan pemimpin yang masih meniti wasilah untuk mencapai matlamat (bijaksana), mana yang lebih layak memimpin?

    malaikat sujud kepada nabi adam kerana malaikat patuh kepada arahan Allah atau takjub dengan ilmu yang ada pada Adam? rujuk 2:34. Iblis enggan sujud kepada nabi adam sebab tidak takjub dengan ilmu Adam atau iblis enggan mengikut arahan Allah atau iblis bersifat takbur? rujuk 2:34

    bagaimana dgn keengganan iblis utk sujud kepada nabi adam yg warak dan bijak? iblis dan malaikat sama2 sujud kpd Allah 6000 tahun (seperti yang sebut - bermakna kita tahu tarikh malaikat diciptakan) - ilmu baru bagi saya.

    tafsiran dari syed naqiub al-atas terhadap ilmu pun menjurus kepada taqwa. "ilmu ialah sesuatu yang dimaknakan untuk membantu kita lebih depat kepada Allah"

    jika dikatakan menjadi warak telah melalui proses bijaksana, apa masalah utk menerima pemimpin warak?

    definisi warak dan taqwa telah dijelaskan di atas. pembaca masih menunggu apakah definisi bijaksana yg dimaksudkan.

    adakah bijaksana bermaksud cerdik, pandai, berilmu, atau berpengalaman?
    adakah bijaksana bermaksud mampu membezakan apa yg salah @ apa yg betul?
    adakah bijaksana bermaksud mempunyai sehelai kertas kelulusan tentang ekonomi @ pengurusan?

    atau adakah bijaksana hanya bermaksud seorang yang selain orang warak@bertaqwa?

    atau sebenarnya semua orang warak@bertaqwa adalah bijaksana, dan tidak semua orang bijaksana adalah warak@bertaqwa?


    cambahkan idea,berbeza pendapat adalah rahmat dalam Islam =)

    ReplyDelete
  12. Saya telah mendapat kesimpulan bahawa untuk mendapat kepemimpinan yg mantap, kebijaksanaan dan kewarakan perlu bergabung dlm diri pimpinan. Pengasingan 2 elemen ini tidak akan membawa kepada suasana yang Islami. Jadi, ingin dijelaskan di sini bahawa warak merupakan suatu aksi atau manifestasi drp kebijaksanaan yang tinggi dlm diri pemimpin. Hakikatnya, memang semua orang yg waras di dunia ini inginkan pemimpin yang bijak dan warak. Tetapi, jika pemimpin itu hanya mempunyai salah satu, maka pemimpin perlu muhasabah diri dan mendekatkan diri kpd Allah untuk mencapai darjat kebijaksaan dan taqwa yg tinggi di sisi Allah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua yang telah memberi pandangan dlm soal warak dan bijak ini. Semoga kita sama-sama akan mempunyai pemimpin yang warak dan bijak. Insya-Allah. Ameen.. Jazakallah, terima kasih, thank you. :)

    ReplyDelete