Wednesday, June 10, 2009

Wajibkan Lulus BI dalam SPM, Mansuhkan PPSMI

Assalamualaikum dan salam sejatera.
Sekarang masih hangat lagi isu mahu mewajibkan subjek BI lulus dalam SPM. Pada hemat saya, cadangan tersebut adalah sesuatu yang wajar bagi memastikan pelajar dapat menguasai BI dengan baik. Akan tetapi, jika cadangan ini mahu dilaksanakan, saya berpendapat bahawa PPSMI wajar dimansuhkan. Seperti yang kita sedia maklum, PPSMI dilaksanakan adalah bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam BI. Jadi, pada saya, jika matlamat inilah tujuan sebenar PPSMI dibuat, maka adalah lebih molek jika BI diwajibkan lulus dalam SPM dengan PPSMI itu dimansuhkan. Jadi, para pelajar akan lebih sedar tentang peri pentingnya BI dalam kehidupan mereka. PPSMI tidak perlu dijalankan lagi jika cadangan mewajibkan lulus BI dalam SPM dilaksanakan. Apa yang lebih penting adalah meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek BI di sekolah-sekolah dengan berpandukan kepada pendekatan baru yang lebih disukai pelajar pada era kini. Pertuturan dan penulisan dalam BI wajar dimantapkan agar para pelajar dapat dipersiapkan dengan cabaran mendatang yang memerlukan mereka menguasai BI dengan baik.

No comments:

Post a Comment