Monday, January 11, 2010

A malay man and his 4 wives

A malay man had 4 wives and he call his :

4th wife - Baby doll
3rd wife - China doll
2nd wife- Barbie doll
1st wife - PANADOL.

hee. :p.
(Lesson: Don't make poligamy if you can't. hee)

Pahit dan Manis 2009

Manis:

1) Habis belajar Bachelor Degree on time bulan Mei 2009
2) Sambung belajar Master Degree bulan Julai 2009.
3) Jadi tutor fakulti pendidikan utm bulan Oktober 2009.
4)Anugerah Mahasiswa Berpotensi Malam Pra Graduan UTM Februari 2009.
5) Anugerah Pembentang Cemerlang Projek Sarjana Muda 2008/2009.
6) Membentang kertas kerja seminar peringkat kebangsaan Disember 2009.
7) Berkawan dengan anak pensyarah. hehe.

Pahit:

1) Ramai kawan satu batch dah tak ada kerana mereka sudah tamat pengajian degree.
2) Pernah dilabel sebagai 'orang pelik' kerana aktif berprogram.

Saturday, July 11, 2009

Kunci Penyelesaian Konflik: Kejujuran & Keterbukaan

Salam..

Dalam kehidupan di dunia ini, kita pastinya tidak akan sunyi dengan pelbagai konflik, yang pada kebiasaannya berkait dgn hubungan sesama manusia. Penulisan saya pada kali ini adalah suatu ilham yg saya dpt tatkala terdapat rakan-rakan saya yg sedang berkonflik akibat perpecahan dalam organisasi.

Dalam berorganisasi, sememangnya konflik adalah suatu yang tidak dapat dielakkan utk berlaku. Ia seperti telah menjadi lumrah disebabkan kewujudan sifat atau karektor manusia yang pelbagai ragam dan personaliti. Ketika mana konflik berlaku, adakalanya kita menjadi tidak keruan, hilang arah tuju,serta hilang punca. Kesemua ini adalah disebabkan kita tidak dapat memahami: Mengapakah Konflik Tersebut Boleh Berlaku?

Untuk menyelesaikan suatu konflik, kita perlu ketahui terlebih dahulu punca kepada berlakunya konflik tersebut. Apabila punca tersebut belum lagi dapat dicari, kita perlu membuat suatu meja bulat perundingan bagi melihat dari manakah konflik tersebut berlaku. Untuk mengetahui punca konflik ini, ia memerlukan sifat kejujuran dalam mengakui kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam organisasi. Untuk mengakui kesilapan ini bukanlah suatu yg mudah, lebih-lebih lagi jika punca tersebut datangnya daripada pendekatan orang atasan yang tidak memahami keadaan orang bawah. Jika egoisme ini terus berleluasa, saya percaya ia tidak akan langsung dapat menyelesaikan konflik yang timbul, bahkan mungkin akan lebih marak lagi!

Maka, kejujuran dan keterbukaan dalam mendengar situasi orang bawah adalah suatu yang wajib bagi orang atasan. Orang bawahan ini merupakan pihak yg paling diletakkan tanggungjawab dalam melaksanakn suatu perkara, jadi jika orang bawahan ini membuat protes, sudah pastinya agenda organisasi akan terjejas. Keterbukaan dalam mendengar kritikan, rintihan, dan keluh-kesah orang bawah adalah suatu yang wajib.

Secara kesimpulan, bersikap jujurlah dalam menghadapi konflik yang datang. Persiapkan diri dengan kekuatan hati dan mental dalam mendengar situasi orang lain. Jika kita jujur dan terbuka dalam penyelesaian konflik, saya percaya konflik akan berakhir dan akan menghasilkan organisasi yang sejahtera dan matang.

Friday, June 26, 2009

Khutbah Jumaat: Budaya Membaca Menjana Ummah Gemilang

Pada hari ini (Jumaat 26 Jun 2009), khutbah Jumaat di Masjid UTM bertajuk "Budaya Membaca Menjana Ummah Gemilang". Khutbah ini banyak menggunakan nas al-Quran daripada wahyu yang pertama, iaitu "iqra" dalam menjadi asas kepada isi khutbah. Tuan khatib banyak memberi penekanan terhadap budaya membaca, namun apabila saya mendengar dengan teliti khutbah tersebut, tuan khatib kurang memberi penekanan pada perkara yang turut bersangkutan dengan ayat "iqra". Maksud saya, khutbah kali ini kurang menyentuh soal perbincangan ilmiah, perbahasan ilmiah, dan transformasi pengetahuan. Walaubagaimana pun, saya bersetuju jika khutbah ini memang sengaja memberi penekanan terhadap budaya membaca agar ia menjadi teras atau tapak kepada kegiatan yang berkaitan dgn keilmuan. Bak kata pepatah, "Masakan kita dapat berbahas dengab baik jika tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai perkara pokok perbahasan". Jadi, untuk khutbah yang seterusnya, adalah lebih baik untuk definisi budaya membaca diperluaskan dgn definisi budaya ilmu agar ia lebih dilihat luas maknanya dan tidak hanya terhenti dgn "membaca" sahaja.

Wednesday, June 24, 2009

Semarakkan Budaya Ilmu di Kampus

Kampus (yang selalu disinonimkan dgn universiti atau IPT) merupakan suatu tempat untuk sekelompok besar anak-anak muda bagi menimba ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi kemajuan dan pembangunan dari aspek ruhiyy, nafs, aqli, dan qalb.(Zaini Ujang, 2009). Untuk kampus ini berperanan dgn lebih berkesan sebagai medan melahirkan golongan ilmuan, maka kampus perlu dibudayakan dgn budaya ilmu. Perlu difahami bahawa budaya ilmu bukanlah semata-mata membaca buku, tetapi lebih daripada itu adalah melibatkan kegiatan perbincangan ilmiah, debat, perbahasan, dan semangat kesukarelawan bagi memasyarakatkan diri bersama komuniti.

Kampus perlu mempunyai suasana yang kondusif atau ekosistem berteraskan keilmuan bagi membolehkan ia menjadi suatu motivasi ekstrinsik (luaran) bagi golongan anak-anak muda untuk lebih gigih menimba ilmu. Di sini, perlunya tindakan-tindakan yang konkrit bagi membolehkan ekosistem keilmuan bertapak di kampus. Dicadangkan agar:

1) Kegiatan yang dilihat dpt membangunkan kemahiran insaniah perlu disemarakkan lagi dgn promosi berkesan khususnya untuk kumpulan sasaran (pelajar baru tahun pertama).
2) Budaya-budaya yang boleh melalaikan anak-anak muda seperti konsert yang lari daripada konsep keilmuan dan hikmah perlu dikekang daripada menular dalam kampus (ketegasan untuk menolak budaya hedonisme)
3)Ruang-ruang perbincangan dan perdebatan perlu diwujudkan dgn mengadakan aktiviti wacana ilmu dgn anak-anak muda (mahasiswa) turut diberi peluang dalam menyatakan pandangan mereka serta mengelak perbincangan berasaskan partisan, ampuisme, dan ikut-ikutan.
4)Pesta Konvokesyen yang menjadi lambang pengiktirafan universiti terhadap keilmuan golongan anak-anak muda terpelajar perlu berteraskan kepada nilai-nilai ilmu dan bukan dgn nilai-nilai yang tidak selari dgn tuntutan keilmuan (seperti membawa masuk artis yang tidak membawa mesej ilmu kepada anak-anak muda)

Sebenarnya, banyak lagi langkah yg boleh diambil dalam menyemarakkan lagi budaya ilmu di kampus.

Tuesday, June 23, 2009

Barisan Nasional memang masih kuat pun..

Terbaca saya mengenai kenyataan Dato seri Najib tentang penolakan Pakatan Rakyat terhadap kerajaan perpaduan. Rasanya, semua orang telah fahami bahawa maksud kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa pembangkang, yg menggabungkan kesemua parti politik dlm 1 platform pemerintahan. Pada realitinya, BN masih lagi parti yg kuat. Walaupun BN tak dpt 2/3 dlm dewan rakyat, tapi BN masih lagi boleh berdiri sebagai sebuah kerajaan. Mana tidaknya. Kerusi UMNO sahaja sudah 78 kerusi. Ini beerti, UMNO adalah parti tunggal yang sudah boleh menafikan penguasaan 2/3 dlm dewan rakyat, walau kesemua parti politik bergabung kerusi kemenangan! Lihatlah dgn mata realiti. UMNO masih kuat dalam pentadbiran negara. Atas sebab itu UMNO dan BN tak perlu lagi kerusi tambahan drp mana-mana parti pembangkang. Maka, biarkanlah Barisan Nasional sebagai kerajaan, dan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang.

"Kerajaan Yang Kuat Adalah Didorong oleh Pembangkang Yang Kuat"

Sistem Dua Barisan Wajar Dikekalkan

Pada minggu ini, isu kerajaan perpaduan dilihat telah mempunyai kata putus. Pakatan Rakyat (PR) telah menolak penubuhan kerajaan perpaduan bersama BN. Pada saya, keputusan ini adalah suatu yang baik untuk menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia. Maksud saya adalah, kewujudan 2 aliran perdana dlm pentadbiran negara adalah suatu yang bagus untuk rakyat. (Negara demokrasi adalah negara yang mengutamakan rakyat). Negara yang mempunyai kerajaan tanpa pembangkang adalah suatu yang tidak baik untuk rakyat. Negara seperti Malaysia wajar mempunyai kerajaan dan pembangkang agar mekanisme 'check & balance' dpt dilaksanakan dgn lebih berkesan.

Melihat kpd senario politik negara pasca PRU 12, negara dilihat telah mempunyai 2 aliran perdana politik negara, iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. 2 aliran perdana ini adalah manifestasi drp keputusan PRU 12 tahun lalu. Kewujudan 2 aliran perdana ini mempunyai kebaikan untuk rakyat. Bagaimana ia jadi begitu? Jawapannya adalah, 2 aliran ini akan cuba untuk mengambil hati rakyat, mengutamakan rakyat, serta bertindak dgn memikirkan kepentingan rakyat. Jadi, persaingan untuk menambat hati rakyat telah membolehkan rakyat mempunyai pilihan untuk memilih parti mana yg akan menjadi kerajaan kelak. 2 aliran ini iaitu BN dan PR akan cuba untuk menyediakan pakej terbaik untuk rakyat, membuat dasar-dasar yang menuntungkan rakyat, serta berusaha untuk bertindak dgn mendahulukan rakyat. Jadi, dalam situasi sebegini, rakyatlah yg paling untung.

Saya berharap agar Pakatan Rakyat menjadi pembangkang yg kuat untuk menegur Barisan Nasional demi kepentingan rakyat. Saya juga berharap, seandainya Pakatan Rakyat diberikan peluang oleh rakyat untuk menjadi kerajaan persekutuan, Barisan Nasional akan menjadi pembangkang yg kuat untuk mengimbangi kuasa Pakatan Rakyat.

Teruskan dgn sistem 2 aliran perdana ini. Rakyat akan untung, persaingan menambat hati rakyat akan kian bercambah, dan BN serta PR akan saling mengimbangi kuasa jika mendapat mandat memerintah. :)