Wednesday, June 24, 2009

Semarakkan Budaya Ilmu di Kampus

Kampus (yang selalu disinonimkan dgn universiti atau IPT) merupakan suatu tempat untuk sekelompok besar anak-anak muda bagi menimba ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi kemajuan dan pembangunan dari aspek ruhiyy, nafs, aqli, dan qalb.(Zaini Ujang, 2009). Untuk kampus ini berperanan dgn lebih berkesan sebagai medan melahirkan golongan ilmuan, maka kampus perlu dibudayakan dgn budaya ilmu. Perlu difahami bahawa budaya ilmu bukanlah semata-mata membaca buku, tetapi lebih daripada itu adalah melibatkan kegiatan perbincangan ilmiah, debat, perbahasan, dan semangat kesukarelawan bagi memasyarakatkan diri bersama komuniti.

Kampus perlu mempunyai suasana yang kondusif atau ekosistem berteraskan keilmuan bagi membolehkan ia menjadi suatu motivasi ekstrinsik (luaran) bagi golongan anak-anak muda untuk lebih gigih menimba ilmu. Di sini, perlunya tindakan-tindakan yang konkrit bagi membolehkan ekosistem keilmuan bertapak di kampus. Dicadangkan agar:

1) Kegiatan yang dilihat dpt membangunkan kemahiran insaniah perlu disemarakkan lagi dgn promosi berkesan khususnya untuk kumpulan sasaran (pelajar baru tahun pertama).
2) Budaya-budaya yang boleh melalaikan anak-anak muda seperti konsert yang lari daripada konsep keilmuan dan hikmah perlu dikekang daripada menular dalam kampus (ketegasan untuk menolak budaya hedonisme)
3)Ruang-ruang perbincangan dan perdebatan perlu diwujudkan dgn mengadakan aktiviti wacana ilmu dgn anak-anak muda (mahasiswa) turut diberi peluang dalam menyatakan pandangan mereka serta mengelak perbincangan berasaskan partisan, ampuisme, dan ikut-ikutan.
4)Pesta Konvokesyen yang menjadi lambang pengiktirafan universiti terhadap keilmuan golongan anak-anak muda terpelajar perlu berteraskan kepada nilai-nilai ilmu dan bukan dgn nilai-nilai yang tidak selari dgn tuntutan keilmuan (seperti membawa masuk artis yang tidak membawa mesej ilmu kepada anak-anak muda)

Sebenarnya, banyak lagi langkah yg boleh diambil dalam menyemarakkan lagi budaya ilmu di kampus.

1 comment:

  1. insyaAllah, berdasarkan perkembangan semasa. utm sedang menuju kearah itu

    ReplyDelete