Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan: UMNO Rugi, PAS juga rugi

Ilmu Mantik berbunyi sebagai berikut:

Jika A=B, dan B=C, maka A=C.

A: Anak-anak Muda tidak menyokong UMNO
B: PAS akan menyokong UMNO
Kesimpulan: Anak-anak Muda tidak akan sokong PAS.

Ilmu mantik ini boleh digunapakai dlm soal penubuhan kerajaan perpaduan. Walaupun ada pihak berhujah bahawa kerajaan perpaduan akan membolehkan umat Islam bersatu, pada saya itu tidak tepat. Berdasarkan pola pengundian anak-anak muda dlm Pilihanraya (PRU) 12 tahun 2008 serta siri2 pilihanraya kecil, adalah jelas bahawa anak-anak muda secara majoriti tidak menyokong UMNO. Masalah rasuah yg kritikal dlm UMNO menyebabkan anak-anak muda menjauhi UMNO, ditambahkan lagi dgn jiwa anak-anak muda yg bersifat kritikal terhadap kerajaan.

Jadi, jika PAS mengambil langkah untuk menjalin kuasa dgn UMNO dlm wadah kerajaan perpaduan, maka anak-anak muda akan berfikir bahawa Pas mahu berbaik-baik dgn sebuah parti yang ditolak oleh anak muda. Jadi, anak-anak muda akan membuat kesimpulan bahawa Pas akan tunduk kepada sebuah parti yg tidak disukai mereka. Apabila keadaan begini berlaku, anak-anak muda ini akan berani membuat undi protes dgn tidak menyokong UMNO mahupun PAS disebabkan dlm fikiran mereka PAS dan UMNO 2 kali lima sahaja. Anak-anak muda ini tidak akan berasa segan silu utk mengundi PKR dan DAP jika itu sahaja pilihan yg tinggal. Apabila keadaan begini terjadi, besar kemungkinan jumlah kerusi Pas dan UMNO tidak akan melebihi jumlah kerusi PKR dan DAP pada PRU-13 nanti. Maka, dlm keadaan ini, PAS dan UMNO sama-sama rugi. Akan tetapi, PAS lebih rugi kerana telah mensia-siakan sokongan anak muda pada PRU 12 yg lalu.

Jika diteliti pada pendapat sy di atas, mengapa saya lebih tekankan soal sokongan anak-anak muda? Jawapan saya: Ini kerana anak-anak muda akan lebih ramai yg menjadi pengundi pada pilihanraya akan datang. Sokongan anak muda terhadap sesebuah parti sangat penting sebagai menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan kelak.

Kesimpulan saya: Dalam jangka masa panjang, kerajaan perpaduan merugikan UMNO dan PAS dan bukan menguntungkan. PKR dan DAP adalah yg lebih untung, ditambahkan lagi dgn sokongan padu masyarakat bukan Islam terhadap PKR dan DAP. Apabila undi anak-anak muda lebih byk pergi kpd PKR dan DAP, maka ruyuplah UMNO dan PAS. Inikah yang kita mahukan?

Lu pikirlah sendiri! (Nabil)

17 comments:

  1. Wahai sahabatku hadi bunyamin...

    Sy tidak pernah menolak hakikat bahawa UMNO sekarang kurang disokong oleh orang muda. Namun insyallah sy berharap golongan muda akan sedar, bahawa PR merupakan boneka Anwar untuk kepentingan politiknya semata mata. PAS yang kononnya Islam telah bertindak meluluskan tanah 999 tahun kpd kaum cina di perak. Sebelum ini paling lama UMNO luluskan pada org melayu hanya 99thn...pengkianat agama bangsa dan negara, penjual negara..PAS tunduk dan sujud bukan saja kepada Allah swt, tetapi tunduk dan sujud juga pada Anwar dan DAP. Di Selangor, baru hasan ali nak kurangkan permit jual arak,ronnie liew berdehem sikit,PAS dah bisu.. Bila UMNO tanya pendirian husam dalam satu forum yang dihadiri ribuan penyokong PAS, adakah PAS nak buat negara Islam kalau memerintah Malaysia, Husam jawab YA. Tak sampai 48 jam apabila Lim Guan Eng dan Karpal Singh berdehem sikit saja, Husam kata kita tidak akan laksana hudud tanpa persetujuan DAP. PAS nak buat apa apa, mesti rujuk DAP. PAS kuda tunggangan DAP. Sejahat jahat UMNO, selemah lemah UMNO, UMNO yang menguasai MCA, MIC dan Gerakan. MCA minta TPM, UMNO Kata No. MCA minta UiTM dibuka, UMNO kata No. UMNO lebih berdaulat dan relavan berbanding PAS dan PKR, Insyallah, dengan kuasa ALLAH SWT, kebenaran akan dibongkar... Orang Muda akan mula sedar...Moga Allah swt selamatkan malaysia dari pemimpin yang tunduk pd kafir laknatullah...

    Salam persahabatan

    Mohd Rafiq Naizamohideen (rakan sekolah rendahmu.)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Isu-isu yg dikemukakan oleh saudara Rafiq adalah sesuatu yg dilihat tidak relevan untuk tatapan anak-anak muda. Anak-anak muda masa kini lebih mementingkan soal integriti, ketulusan, dan kewibawaan. Larinya anak-anak muda drp perjuangan UMNO adalah kerana 3 hal di atas. Maka, adalah lebih baik untuk UMNO baiki dahulu soal 3 perkara di atas daripada memikirkan soal kerajaan perpaduan. Pada saya, dlm konteks anak-anak muda Malaysia, kerajaan perpaduan akan merugikan UMNO dan PAS. Eloklah Pas jadi parti pembangkang agar berlaku check and balance dlm pentadbiran negara (memetik kata Tun Dr Mahathir Mohamad)

    ReplyDelete
  4. Salam

    Tengok HUJAH tv9 semalam...aku tak setuju apabila politik perlu diasingkan dari agama. 2elemen ini perlu bergerak seiring. Malah agama perlu melebihi politik. Bukan politik melebihi agama dalam serba serbi. Lebih baik duduk memerhati dan menilai dari mengikut buta tuli..caci mencaci

    ReplyDelete
  5. saya ada beberapa soalan, harap dapat beri pandangan hujah yg kukuh dan betul. supaya perbincangan menjadi perkongsian, bukan arahan.

    1. Dalam teori politik, org kata.. "dalam politik, semua boleh jadi". cnth paling mudah, perancangan 16 sept yg havoc, tp tbe2 perak plak yang buat keje tak senonoh tu. soalannya, adakah ilmu mantik (logik 1+1=2) terpakai secara total dalam politik malaysia?

    2. adakah tuan blog mendokong demokrasi dan perbezaan pendapat? kalau ya, saya merasakan tindakan men'tidak-relevan'kan pendapat org lain adalah suatu langkah yang tidak baik. Kalau tuan blog menyatakan ini hak peribadi ke atas blog peribadi, saya tiada komen. Hanya mampu tersenyum dari jauh.


    kepada Perancang :

    inilah yg dinamakan fahaman sekularisme, dari sini wujud fahaman hedonisme, dll.
    pendapat sy, org yang menganggap agama adalah soal no 2 adalah org yg tidak menghargai peranan nabi, walaupun org tersebut mengagung-agungkan peranan anak muda. itu pendapat saya.

    ya, diam lebih baik. tp menegur dan menasehati dan berkongsi juga slh 1 tuntutan agama. konsep ta`awun, bertolong2 kepada kebaikan& ketakwaan.

    ReplyDelete
  6. Menjawab pertanyaan:

    Adakah tuan blog mendokong demokrasi dan perbezaan pendapat? kalau ya, saya merasakan tindakan men'tidak-relevan'kan pendapat org lain adalah suatu langkah yang tidak baik. Kalau tuan blog menyatakan ini hak peribadi ke atas blog peribadi, saya tiada komen. Hanya mampu tersenyum dari jauh.

    Jawapan saya:

    Istilah saya 'tidak lagi relevan' membawa maksud isu tersebut bukan suatu isu yang menarik perhatian anak-anak muda. Saya bercakap adalah berdasarkan realiti semasa anak-anak muda. Saya melihat, penolakan anak-anak muda terhadap UMNO disebabkan isu integriti dan ketulusan. Isu ini telah menjadi isu hot dlm kalangan anak-anak muda. Anak-anak muda tidak berminat bercakap soal pemberian tanah 999 terhadap orang Cina Perak. Atas faktor itulah, undi anak-anak muda terhadap Nizar Jamaludin tetap utuh walaupun Nizar dilabel sebagai boneka DAP. Soal mendokong demokrasi dan perbezaan pendapat, ya, saya mendokong hal tersebut. Tetapi, adakah jika saya mentidakrelevankan sesuatu isu bermakna saya tidak mahu berbeza pendapat? Saya hanya mempertahankan apa yg saya percaya. Para pembaca pun boleh saja pertahankan hujah masing2. Tidak menjadi kesalahan untuk berbuat demikian.

    ReplyDelete
  7. Salam sahabat, kenyataan anda tidak langsung menjawap isu-isu yg saya bangkitkan. Jangan lah bercerita tentang integriti, ketelusan dan kewibawaan. Berintegritikah dan teluskah kalau balak di kelantan habis gondol dijual kepada taukeh taukeh balak cina? Berwibawakah kalau Nik Aziz bersimpati dan muslimat pas menangis kerana tindakan skandal tidak bermoral elizebeth wong dengan teman lelakinya seorang islam, hilmi? Berwibawakah apabila seorang yang kononnya ulamak dan berserban apabila ditangkap khalwat dengan bukan muhrim? Semua pemimpin baik pas atau umno ada kelemahan dan kesilapan. Seperti kata Ketua Dewan Ulamak pas tempoh hari, ada di kalangan pemimpin pas mula melakukan tidak bermoral dengan memberi hadiah semasa pemilihan pas tempoh hari... Kemanakah integriti sahabatku sdr hadi bunyamin?? Tolong jawap isu yang dibangkitkan. Sy nak juga tengok respond sdr, tapi malangnya sudah dipadam... Kenapa perlu padam semula???Berani kerana benar.. Takbirrr.. Allahuakhbar!!!

    Salam ukhwah

    Rafiq

    ReplyDelete
  8. Menjawab pertanyaan saudara Mohd Rafiq:

    Saya tahu bahwa Pakatan Rakyat telah memberi tanah kpd orang Cina Perak utk 999 tahu. Saya juga tahu bahawa kes Elizabeth Wong tentang isu klip video separuh bogel. Dan saya juga tahu tentang isu balak di Kelantan. Paksi bagi jawapan saya adalah: Semua yang dilakukan oleh mana-mana parti politik memang terpalit dgn pelbagai kontroversi. Kepada saudara Rafiq, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak sama sekali menghalalkan sesuatu yang jelas bertentangan dgn suatu yg telah ditetapkan oleh hukum Allah. Jika Nik Aziz itu mempunyai salah, saya juga boleh terima. Ini kerana beliau bukan seorang pemimpin maksum. Tetapi, beliau boleh dijadikan role-model disebabkan kebijaksanaan dalam mentadbir Kelantan selama 20 tahun. Seperti juga Tun Mahathir, beliau juga bijaksana dlm mentadbir Malaysia hingga membawa Malaysia ke pentas dunia. Tetapi, Tun juga ada kelemahannya. Jadi, sesiapa pun yang memimpin, memang ada salah dan silapnya, tetapi ada juga kebaikan yang wujud pd diri mereka. Apa yang saya perkatakan bahawa, isu-isu yang melibatkan integriti dan ketulusan lebih terpalit pada wajah UMNO, meskipun Pakatan Rakyat juga ada terpalit dgn isu tersebut. Tetapi, mengapakah anak-anak muda cenderung menyokong Pakatan Rakyat??

    Jawapan saya: Anak-anak muda inginkan perubahan dan pembaharuan dlm pentadbiran negara. Isu-isu integriti dlm kalangan Pakatan Rakyat lebih minimum berbanding dlm UMNO dan BN. Jelas, anak-anak muda tidak suka kpd UMNO kerana isu rasuah, penyelewengan, serta dasar-dasar yang tidak memihak kpd rakyat.

    Nasihat saya: Jika UMNO mahu dapatkan semula sokongan anak muda, UMNO perlu banteras rasuah habis-habisan serta meletakkan rakyat pada tahap sepatutnya. Bak kata Dato Najib; era "goverment knows best" sudah berakhir.

    :)

    ReplyDelete
  9. Menjawap pertanyaan sdr Mohd Rafiq:

    Sy nak juga tengok respond sdr, tapi malangnya sudah dipadam... Kenapa perlu padam semula???Berani kerana benar.. Takbirrr.. Allahuakhbar!!!

    Penjelasan saya:

    Post yg telah saya padam itu adalah post yg saya removed kerana mempunyai wrong spelling dan bukan kerana saya sengaja buang fakta. Untuk pengetahuan sdr Rafiq, post yg saya removed itu sama sahaja dgn post saya yang dibawahnya, iaitu tentang isu integriti politik. Barangkali ada salah faham antara sdr Rafiq dan saya tentang post yg saya removed. Maaf sekiranya berlaku kekeliruan pada post yg saya padam. :)

    ReplyDelete
  10. Saya ingin bertanya kpd saudara Rafiq, jika saudara berpandangan isu2 integriti, ketelusan dan kewibawaan bukan menjadi faktor penolakan anak-anak muda terhadap UMNO, jadi apakah sebenarnya punca penolakan anak-anak muda ini terhadap UMNO?

    ReplyDelete
  11. saje nak tanya..rafiq tau ke apa itu intergriti n wibawa?
    kena igt jgk..kdg2 org yg salah tu la yg lagi brani..huhu..

    ReplyDelete
  12. Kepada Sdr HB:
    Berikut adalah post sy pada July 2008 di blog saya

    Wednesday, July 2, 2008
    UMNO perlu berubah untuk terus relavan...

    UMNO perlu berubah untuk terus relavan...
    Assalamualaikum wrbkt..
    Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana tidak berupaya dan berkesempatan mengemaskini blog sya ini dgn lebih kerap..
    Sejak kebelakangan ini, isu-isu politik sangat heboh diperkatakan oleh semua golongan tidak kira latar belakangnya. Maka saya ingin mengambil peluang untuk melontarkan pandangan saya yang mungkin tidak dipersetujui atau disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi saya rasa, selaku rakyat Malaysia, saya mempunyai hak untuk melontarkan pandangan saya.

    MENGAPAKAH UMNO/BN MENCAPAI PRESTASI TERBURUK DALAM SEJARAH PILIHANRAYA??
    Pertamanya saya melihat prestasi buruk yang dialami oleh UMNO bukanlah kerana parti-parti pembangkang terlalu kuat tetapi kerana (1) kelemahan pentadbiran UMNO itu sendiri. Ada yang mengatakan bahawa kekalahan UMNO kerana kekuatan, kehebatan dan 'aura' Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi secara peribadi, saya kurang bersetuju. Ini kerana sekiranya rakyat mahu bangkit dan menunjukkan sokongan padu kpd DSAI, ianya sepatutnya berlaku lebih awal lagi iaitu semasa pilihanraya 1999 di mana DSAI baru sahaja dipecat dari jawatan TPM . Sekiranya kita hendak kata DSAI ini hebat sangat auranya, aura kehebatan DSAI sepatutnya telah terserlah pada pilihanraya 1999. Tetapi ini tidak berlaku. Pada tahun 1999, rakyat masih menyokong padu BN dan BN menang di parlimen dengan majoriti yang sgt selesa(2/3 majoriti) dan menang di ke semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu tidak seperti sekarang ini iaitu tewas di 6 kawasan (Kedah, Kelantan, Penang, Perak, Selangor dan Wilayah Perseketuan) serta hilang 2/3 majoriti.Begitu juga pada pilihanraya 2004 di mana Keadilan hanya menang 1 kerusi parlimen iaitu parlimen permatang pauh sekaligus membuktikan pengaruh DSAI hampir lupus dari bumi Msia...Tetapi malangnya, kerana kelemahan pentadbiran UMNO dari byk segi, sokongan kepada UMNO sudah semakin pudar. Ini dapat dibuktikan bahawa ada di kalangan org melayu yang sanggup mengundi DAP. Adakah pengundi melayu yang mengundi DAP ini boleh dianggap sayang dan cinta kepada parti DAP(Parti sekutu PAP dari Singapura) ini??Adakah setelah 50 thun merdeka, masyarakat Malaysia masih tidak tahu pangkah/mngundi sehinggakan tidak pernah dalam sejarah undi rosak mencatat peratusan tertinggi dalam sejarah pilihanraya setelah 50 merdeka??Sepatutnya peratusan undi rosak tertinggi berlaku pada pilihanraya pertama selepas merdeka tetapi ini tidak berlaku.. Bagi pendapat sya, rakyat menyokong pembangkang sebagai undi protes menandakan mereka marahkan kepada kepimpinan negara.Bukan kerana kekuatan pembangkang apatah lagi kehebatan 'aura' DSAI.

    ReplyDelete
  13. Sepertimana yang kita tahu, golongan muda merupakan mereka yang paling banyak tidak mengundi BN pada pilihanraya lepas. Antara sebab yang boleh dikaitkan dengan fenomena ini adalah kerana sikap sesetengah pemimpin BN khususnya UMNO terhadap golongan muda terutamanya golongan intelektual/ profesional.(2) Golongan profesional melayu muda sering dipinggirkan dari UMNO. Borang permohonan yang dihantar pada tahun 1998 sehinggalah 2008 misalnya masih tidak dihantar kepada ibu pejabat UMNO. Mereka ini terasa tergugat dengan kaliber dan wibawa golongan muda intelektual melayu. Akhirnya yang menjawat jawatan dalam kebanyakan cawangan dan bahagian terdiri daripada mereka yang tidak memiliki latar belakang pendidikan. Bukan saya ingin menidakkan kebolehan mereka kerana ada kalanya,pemimpin yang tidak berpendidikan tinggi mempunyai kualiti yang lebih baik dalam aspek2 tertentu daripada yang berpendidikan tinggi.Bukan juga saya menyuruh kita mengetepikan golongan yang tidak berpendidikan tinggi,tetapi saya berpendapat, kita perlu berlaku adil kepada golongan melayu profesional. Janganlah kita mendiskriminasi mereka sehingga mereka akhirnya jemu dan terjun kepada pembangkang. Kita perlu sayang golongan tidak 'educated' sama seperti golongan 'educated'. Itu maksud saya.Kita memerlukan golongan berilmu utk sama2 terlibat dalam UMNO itu sendiri. Golongan intelektual sahaja tidak boleh menjamin kejayaan UMNO. Begitu juga sebaliknya. Jika di dalam UMNO hanya ada golongan yang tidak 'educated',ianya tidak baik juga untuk UMNO.

    "Golongan intelektual perlu bekerjasama/berganding bersama-sama golongan yang kurang berpendidikan tinggi kerana tidak semua perkara boleh dilakukan oleh golongan intelektual. Ada banyak perkara tidak mampu dilakukan oleh golongan intelek memerlukan sokongan/bantuan pihak yang satu lagi. Begitu juga sebaliknya..Tidak semua boleh dilakukan oleh golongan tidak berpendidikan kerana ada aspek2 tertentu memerlukan sokongan/bantuan golongan intelek. Kelebihan yang ada pada kedua2 pihak akan menampung kekurangan/kelemahan masing2."

    Antara sebab utama lain UMNO semakin lemah adalah kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO tidak menerapkan ajaran Islam yang sebenar dalam UMNO. Dalam erti kata lain, (3)ruh Islam yang dihidupkan golongan terdahulu dalam UMNO kian pudar..Semasa menuntut kemerdekaan, pengasas-pengasas UMNO bertunjangkan kepada agama Islam, ruh Islam bangkit menentang penjajah.. Tetapi ruh Islam itu kian luntur dari masa ke semasa.. Sesetengah Pemimpin2 UMNO masa kini gemar berhibur di disko2 dan dangdut. Ada yang kaki perempuan.. Sering menganjurkan konsert2.. kejap-kejap konsert..kejap2 melawat batam, tanjung balai Indonesia yang kaya dengan pelacur-pelacur..Dengan erti kata lain,

    "UMNO yang dulunya suci telah dimandikan dengan dosa yang byk dan akhirnya, sebagai umat Islam, saya percaya Allah swt telah murka kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO dan menurunkan bala/musibah kepada parti UMNO".

    Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya berlandaskan Islam, apa lah salahnya perbanyakkan anjuran majlis2 agama, bacaan yasin, solat berjemaah sesama ahli UMNO bagi mendapatkan keredhaan Allah berbanding perkara2 yang dilaknat olehnya..
    (Cukuplah 3 faktor setakat ini, saya akan sambung faktor2 lain sekiranya berkesempatan)
    Terima Kasih. Aslkm..

    MOHD RAFIQ BIN NAIZAMOHIDEEN

    www.mohd-rafiq.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Merujuk pada kenyataan HB:

    Menjawab pertanyaan saudara Mohd Rafiq:

    Saya tahu bahwa Pakatan Rakyat telah memberi tanah kpd orang Cina Perak utk 999 tahu. Saya juga tahu bahawa kes Elizabeth Wong tentang isu klip video separuh bogel. Dan saya juga tahu tentang isu balak di Kelantan. Paksi bagi jawapan saya adalah: Semua yang dilakukan oleh mana-mana parti politik memang terpalit dgn pelbagai kontroversi.

    Jawapan:
    HB sendiri mengaku PR termasuk PAS turut terlibat dalam skandal, salah guna kuasa, rasuah, penyelewangan dsb.

    Saya nak beri satu analogi:

    Ali merasuah polis 5 kali. Abu merasuah polis 10 kali. Tiba-tiba Ali menyelar Abu dengan gelaran 'perasuah' sedangkan Ali juga perasuah walaupun mungkin bilangan rasuah yang dilakukan itu lebih sedikit. Maka wajarkah Ali menyelar Abu sebagai PERASUAH sedangkan Ali juga perasuah. Dalam Islam, merasuah sekali atau 10 kali tetap salah dan berdosa.

    Kalau betul Saudara Hadi Bin Buniyamin benar-benar neautral, kenapa hanya menyelar salah guna kuasa di kalangan pemimpin BN, kenapa tidak selar Nik Aziz atas penyelewengan balak di kelantan,Kenapa tidak menyelar Khalid atas direct negotiation project di Slgor? Kenapa tidak selar Nik Aziz dan muslimah PAS kerana menangisi dan bersimpati kepada maksiat?Kenapa tidak mengkritik kerajaan Perak di bawah PAS kerana melulus hampir 1000thn tanah kepada kafir laknatullah? Kenapa tidak? Bagi saya HB bukan pejuang Islam, tetapi pejuang PAS! Penilaian sdr HB bias dan tidak neutral. Jangan berselindung di sebalik "neutral" untuk meraih keuntungan politik sempit PAS.

    Kenapa kes rasuah/politik wang di kalangan PR dikatakan kononnya minimum:

    1.) PR hanya memerintah 4 negeri dan tidak memerintah negara dan kebanyakan negeri. Maka peluang untuk melakukan lebih banyak penyalahgunaan kuasa sudah tertentu terhad berbanding BN. Walaupun begitu, kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa terus terkesan kepada pentadbiran PR.

    2.) BN ibarat pelakon utama, hero dalam filem. Setiap gerak geri BN diperhati dari segenap sudut kerana BN parti pemerintah Malaysia. PR hanya pelakon extra, tidak mendapat perhatian majoriti rakyat kerana tugas PR membangkang dan mengetengahkan setiap inci kesalahan BN.

    ReplyDelete
  15. 3.) Walaupun tidak dinafikan ada politik wang dalam UMNO, kadang kala ianya dilihat disensasikan dan diwar-warkan oleh pemimpin PR melebihi drp yang sepatutnya. Mereka sedar mereka juga korup tetapi persepsi negatif demi persepsi negatif diterapkan dalam minda pengundi muda yang masih mentah dan dangkal membuat pertimbangan. Sebagai contoh: SPR cuba diterapkan persepsi di kalangan pengundi muda sebagai satu badan yang tidak bebas serta berpihak kepada UMNO/BN. Tetapi isu SPR tidak adil/ di kuda oleh UMNO terus senyap sunyi sekiranya PR menang dalam pilihanraya kecil dan kerusi-kerusi PRU. Dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Permatang Pauh, dsb, Kenapakah UMNO membiarkan PR menang sekiranya UMNO mampu mengawal SPR? Kalau betullah UMNO boleh kawal, lebih baik Pak Lah atau Dato Najib mengunakan sepenuhnya kesempatan memastikan kemenangan UMNO ketika Itu. Dalam Isu Mahkamah, Kenapakah Anwar dibebaskan jika UMNO mampu kawal mahkamah? Kenapa tidak UMNO pastikan Anwar terus terhumban dalam penjara?Bukankah itu lebih menguntungkan UMNO? Kalau UMNO boleh kawal mahkamah, mengapa UMNO tidak mampu menahan mahkamah mengharamkan UMNO suatu ketika dahulu?

    Maka ternyata persepsi demi persepsi dilontar kpd pengundi muda seperti HB dan ternyata ianya berhasil.

    Tahukah saudara HB yang sering menyebut soal intergriti, wibawa dan ketelusan bahawa orang yang memimpin PR sekarang ini, Anwar Ibrahim merupakan pemimpin korup?

    Kami dalam UMNO lebih kenal siapa Anwar HB. Anwar dalam UMNO lebih lama dari dalam PR. Segala wangi, busuk, kurap dan pekung Anwar dalam kocek kami, wahai HB.

    Sejarah membuktikan, Dalam pemilihan Tim Presiden UMNO,dalam usaha Anwar menjatuhkan Tun Ghafar, Anwar merasuah setiap bahagian dengan saham-saham, wang tunai dan juga kenderaan mewah untuk mendapat pencalonan di bahagia-bahagian. Ketika itu setiap bahagian yg mencalonkan akan memberi 10 undi bonus kepada calon. Maka Anwar dengan rakus mengunakan kedudukannya sbg Men Kewangan ketika itu merasuah setiap bahagian dengan kemewahan. Ketika itu, dalam Team Wawasan Anwar, Muhyidin, Najib, Mat Taib dan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Anwar menyewa seluruh bangunan hotel diibu kota dan menempatkan perwakilan-perwakilan di hotel tersebut berhibur dan berseronok-seronok dengan maksiat seperti karaoke dan perempuan. Inikah yang dikatakan telus, wibawa dan intergriti sdr hadi??? PR dipimpin oleh bapak korupsi dan kami dalam UMNO lebih mengenali siapa Anwar ini. Hanya Jauhari mengenal manikam.

    Sekian, Tkasih..

    MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

    ReplyDelete
  16. Untuk pengetahuan sdr hadi, saya lebih neutral dari anda, baca komen saya yg mengutuk sesetengah tabiat buruk dalam UMNO, tiada satu pun komen sdr. hadi menyelar tindakan buruk PAS atau PR

    ReplyDelete
  17. Mengapa tiada respon, kembalilah ke pangkal jalan, bersatu teguh bercerai roboh. Dalam khutbah terakhir Nabi SAW menekankan beberapa kali bersatulah umat Islam,seblum nabi SAW wafat namun Nik Aziz yang kununnya ulamak sanggup berpadu dengan kafir laknatullah berbanding saudara seislam...
    Pintu taubat masih terbuka, takbir Allahuakhbar...

    ReplyDelete