Friday, June 26, 2009

Khutbah Jumaat: Budaya Membaca Menjana Ummah Gemilang

Pada hari ini (Jumaat 26 Jun 2009), khutbah Jumaat di Masjid UTM bertajuk "Budaya Membaca Menjana Ummah Gemilang". Khutbah ini banyak menggunakan nas al-Quran daripada wahyu yang pertama, iaitu "iqra" dalam menjadi asas kepada isi khutbah. Tuan khatib banyak memberi penekanan terhadap budaya membaca, namun apabila saya mendengar dengan teliti khutbah tersebut, tuan khatib kurang memberi penekanan pada perkara yang turut bersangkutan dengan ayat "iqra". Maksud saya, khutbah kali ini kurang menyentuh soal perbincangan ilmiah, perbahasan ilmiah, dan transformasi pengetahuan. Walaubagaimana pun, saya bersetuju jika khutbah ini memang sengaja memberi penekanan terhadap budaya membaca agar ia menjadi teras atau tapak kepada kegiatan yang berkaitan dgn keilmuan. Bak kata pepatah, "Masakan kita dapat berbahas dengab baik jika tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai perkara pokok perbahasan". Jadi, untuk khutbah yang seterusnya, adalah lebih baik untuk definisi budaya membaca diperluaskan dgn definisi budaya ilmu agar ia lebih dilihat luas maknanya dan tidak hanya terhenti dgn "membaca" sahaja.

3 comments:

  1. kadang2..khatib pun terikut-ikut dengan budaya memaca, hingga baca khutbah macam baca buku crita.. sampai makmum mengantuk..

    sedangkan nabi berkhutbah dengan suara garau sampai sahabat takut nak tgk bnde lain. tugas khatib bukan baca teks khutbah, tapi berkhutbah. dengan itonasi suara yang menarik perhatian makmum

    ReplyDelete
  2. oo..cmtuh. tq pjoe. tulah sampa dlm kepale otak org skrag.khutbah is READ TEKS..hahaha. Kpale aku ler tuh. Emm..khutbah paling menyntuh ati aku mase skulah teknik dulu. De ustad dari sek alam shah (sblah skulah) dtg ke masjid Maktab guru teknik bg khutbah smpena prstiwa tsunami. khutbah plg lame aku pnah dengor n paling terkesan kat aku...huhu rindu skulah ler..

    ReplyDelete
  3. Khutbah Jumaat sememangnya memerlukan perubahan daripada aspek cara penyampaian. Di sini, adalah amat perlu para khatib untuk dilatih untuk berkomunikasi dengan berkesan agar isi khutbah yg disampaikan dpt didengari dengan penuh minat oleh para jemaah. Khutbah yang terbaik adalah khutbah yg mampu memberikan inspirasi kepada pendengarnya untuk melakukan perubahan terhadap diri dan ummah. :)

    ReplyDelete