Tuesday, June 23, 2009

Barisan Nasional memang masih kuat pun..

Terbaca saya mengenai kenyataan Dato seri Najib tentang penolakan Pakatan Rakyat terhadap kerajaan perpaduan. Rasanya, semua orang telah fahami bahawa maksud kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa pembangkang, yg menggabungkan kesemua parti politik dlm 1 platform pemerintahan. Pada realitinya, BN masih lagi parti yg kuat. Walaupun BN tak dpt 2/3 dlm dewan rakyat, tapi BN masih lagi boleh berdiri sebagai sebuah kerajaan. Mana tidaknya. Kerusi UMNO sahaja sudah 78 kerusi. Ini beerti, UMNO adalah parti tunggal yang sudah boleh menafikan penguasaan 2/3 dlm dewan rakyat, walau kesemua parti politik bergabung kerusi kemenangan! Lihatlah dgn mata realiti. UMNO masih kuat dalam pentadbiran negara. Atas sebab itu UMNO dan BN tak perlu lagi kerusi tambahan drp mana-mana parti pembangkang. Maka, biarkanlah Barisan Nasional sebagai kerajaan, dan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang.

"Kerajaan Yang Kuat Adalah Didorong oleh Pembangkang Yang Kuat"

2 comments:

  1. saya berpendapat perkataan pembangkang sudah tidak relevan di malaysia..

    sebab jika dikatakan PR adalah parti pembangkang, adakah ia pembangkang di kelantan, kedah, selangor dan penang?

    kalau dikatakan BN parti kerajaan, adakah BN kerajaan di 4 negeri tersebut?

    isu ini disuarakan sendri oleh prof Abu hassan UM. saya rasa lbh baik digunakan istilah parti pencadang, parti check and balance, parti alternatif dll.

    saya akan tergelak jika wakil dari parti pemerintah mengaku sebagai wakil kerajaan di negeri yang diperintah oleh PR.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Saya bersetuju sekiranya perkataan 'pembangkang' tidak lagi digunakan dlm politik malaysia. PR adalah kerajaan di 4 buah negeri (Kelantan, Kedah, Penang, Selangor) dan BN adalah kerajaan di negeri2 yg lain selain menjadi kerajaan persekutuan. Jadi, adalah suatu yg pelik jika BN mengaku masih lg kerajaan di 4 buah negeri (membuatkan rakyat senyum melebar). Jadi, adalah lebih baik perkataan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional digunakan secara rasmi dalam urusan negara. saya mencadangkan agar Pakatan Rakyat mendaftar sebagai parti gabungan kepada pendaftar pertubuhan (ROS).

    ReplyDelete