Monday, June 15, 2009

Kenyataan Anwar Menjadi Pengimbang Kenyataan Hj Hadi

Salam. Pada ketika ini, masih lg diperkatakan isu Chin Peng dan Kerajaan Perpaduan. Utk pengetahuan pembaca, 2 isu ini mempunyai kaitan soal politik bg gagasan Pakatan Rakyat. Merujuk kpd kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim yg menyokong Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, kenyataan ini dilihat sebagai suatu pengimbang kepada idea kerajaan perpaduan yg diutarakan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Hadi (Presiden PAS). Bagaimana ia menjadi pengimbang??Begini:

Ketika mana Hj Hadi mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan, masyarakat bukan Melayu telah menjadi sangat gusar dan bimbang. Ini disebabkan rakyat bukan Melayu telah hampir secara total menolak UMNO dan Barisan Nasional pd Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008. Rakyat bukan Melayu telah mula utk berjinak-jinak dgn PAS dan lebih sayang kpd PAS berbanding UMNO. Jadi, bagi rakyat bukan Melayu, gagasan kerajaan perpaduan oleh Hj Hadi akan membolehkan UMNO kembali bangkit sebagai parti dominan dlm kerajaan. Ini adalah sesuatu yg tidak disukai oleh bukan Melayu. Maka dgn itu, bagi meneutralkan semula keadaan yg tidak menentu ini, Anwar telah mengeluarkan kenyataan menyokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Motif Anwar adalah jelas. Anwar mahu rakyat bukan Melayu kekal menyokong Pakatan Rakyat dan mahu mengekalkan undi mereka untuk Pakatan Rakyat. Maka, disebabkan gagasan Kerajaan Perpaduan telah menyebabkan masyarakat bukan Melayu mula menjauhi Pas dan Pakatan Rakyat, Anwar mengambil peluang isu Chin Peng bagi mengembalikan semula sokongan rakyat bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat.. Oleh itu, kenyataan Anwar perlu dilihat sebagai suatu strategi Pakatan Rakyat dalam mengekalkan sokongan bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat. Pendek kata, jika pengundi bukan Melayu tidak mahu mengundi PAS, maka bukan Melayu masih boleh mengundi PKR dlm PRU ke-13 nanti. Jadi, sokongan bukan Melayu terhadap PKR dan DAP dapat dikekalkan.
Ini adalah bacaan politik saya terhadap tindakan Anwar menyokong kepulangan Chin Peng.

4 comments:

  1. Hmm...
    Jauh sungguh mentaliti politik Abg Hadi nie...
    Sepatutnya ambil jurusan Sains Politik, bukannya Pendidikan Fizik...
    Hehehe...
    ;p

    ReplyDelete
  2. Untuk menjadi insan unggul, kita perlu memiliki ilmu bukan shj dlm bidang kita, tetapi juga dlm bidang2 lain terutama yg strategik seperti politik, ekonomi, dan sosial. Pembaca boleh membuat bacaan terhadap buku "Mengangkasa Pengajian Tinggi" oleh Prof Dato Ir Dr Zaini Ujang utk lebih mengetahui tentang ciri-ciri insan unggul dlm sudut pandangan Islam.

    ReplyDelete
  3. syamsiah fakeh, rashid maidin, Abdullah CD (pengerusi PKM), musa ahmad, diraikan walaupun mereka bekas ahli PKM.

    china yang lebih dasyat, semasa pemerintahan Mao tse tung (bapa komunis china) telah membunuh 20-40 juta rakyat nya, dan fahaman inilah yg di bawa ke malaysia..kena boleh dijalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan sekarang? jepun yg menyerang tanah melayu, ramai yg dibunuh oleh tentera jepun, kenapa skrg blh pula dimaafkan jepun tanpa syarat..

    adalah kerana mereka dpt memberi sesuatu kepada malaysia, sebab itu dgn mudah dimaafkan.

    saya merasakan malaysia seolah tdk meraikan perjanjian damai pada 2 disember 1989 dgn chin peng. dan sekitar 1990an, fahaman komunisme tlh dikatakan terhapus secara total di dunia ini.

    persoalannya, chin peng disekat dari masuk ke malaysia, adakah disebabkan dia seorang bekas PKM atau seorang cina? mohon pandangan

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, kes Chin Peng ini agak sensitif dlm kalangan bekas-bekas pejuang tanahair yg mempertahnkan negara sewaktu ketika dahulu. Saya secara peribadi menyifatkan Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia atas faktor perkauman. Disebabkan Chin Peng ini bangsa Cina, bekas2 perajurit negara tak mahu Chin Peng pulang. Ini adalah sentimen kaum dalam kalangan bekas pejuang. Mengenai Shamsiah Fakeh dan lain2 pejuang komunis tu, pada saya mereka itu diterima atas belas ihsan kerajaan disebabkan mereka orang Melayu. Kerajaan mahu mereka ini insaf dan tidak lagi mengganggu negara. Maka, Shamsiah Fakeh dan lain2 telah diberi pengecualian. Ini sekadar pandangan peribadi.

    ReplyDelete