Tuesday, June 23, 2009

Sistem Dua Barisan Wajar Dikekalkan

Pada minggu ini, isu kerajaan perpaduan dilihat telah mempunyai kata putus. Pakatan Rakyat (PR) telah menolak penubuhan kerajaan perpaduan bersama BN. Pada saya, keputusan ini adalah suatu yang baik untuk menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia. Maksud saya adalah, kewujudan 2 aliran perdana dlm pentadbiran negara adalah suatu yang bagus untuk rakyat. (Negara demokrasi adalah negara yang mengutamakan rakyat). Negara yang mempunyai kerajaan tanpa pembangkang adalah suatu yang tidak baik untuk rakyat. Negara seperti Malaysia wajar mempunyai kerajaan dan pembangkang agar mekanisme 'check & balance' dpt dilaksanakan dgn lebih berkesan.

Melihat kpd senario politik negara pasca PRU 12, negara dilihat telah mempunyai 2 aliran perdana politik negara, iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. 2 aliran perdana ini adalah manifestasi drp keputusan PRU 12 tahun lalu. Kewujudan 2 aliran perdana ini mempunyai kebaikan untuk rakyat. Bagaimana ia jadi begitu? Jawapannya adalah, 2 aliran ini akan cuba untuk mengambil hati rakyat, mengutamakan rakyat, serta bertindak dgn memikirkan kepentingan rakyat. Jadi, persaingan untuk menambat hati rakyat telah membolehkan rakyat mempunyai pilihan untuk memilih parti mana yg akan menjadi kerajaan kelak. 2 aliran ini iaitu BN dan PR akan cuba untuk menyediakan pakej terbaik untuk rakyat, membuat dasar-dasar yang menuntungkan rakyat, serta berusaha untuk bertindak dgn mendahulukan rakyat. Jadi, dalam situasi sebegini, rakyatlah yg paling untung.

Saya berharap agar Pakatan Rakyat menjadi pembangkang yg kuat untuk menegur Barisan Nasional demi kepentingan rakyat. Saya juga berharap, seandainya Pakatan Rakyat diberikan peluang oleh rakyat untuk menjadi kerajaan persekutuan, Barisan Nasional akan menjadi pembangkang yg kuat untuk mengimbangi kuasa Pakatan Rakyat.

Teruskan dgn sistem 2 aliran perdana ini. Rakyat akan untung, persaingan menambat hati rakyat akan kian bercambah, dan BN serta PR akan saling mengimbangi kuasa jika mendapat mandat memerintah. :)

2 comments:

  1. sistem 2 parti juga memungkinkan masing2 sanggup buat apa sahaja demi survival parti masing2..cnth plg mudah kes kerajaan kudeta perak yg tidak bermaruah.

    apapun, politik malaysia harus menuju kearah politik baru, mematangkan demokrasi seperti yang ditulis dalam buku Politik Baru karangan dato saifuddin Abdullah.

    politik ilmu bukan politik ampu
    politik hikmah bukan politik fitnah
    politik bakti bukan politik undi

    ReplyDelete
  2. Saya melihat bahawa, dgn adanya sistem dua aliran ini, maka akan terlaksanalah apa yg saya namakan sebagai politik hujah. Maksud saya, segala dasar yg dibentuk sama ada BN atau PR perlu mempunyai hujah yang kuat dan konkrit agar rakyat dpt membuat pilihan yg terbaik. Era 'government knows best' sudah berakhir (Najib Razak, 2009). Jadi, jika parti yg memerintah ingin melaksanakan sesuatu dasar, maka ia perlu kepada rasional yg kukuh. Segala yg ingin dilaksanakan perlu dibahaskan, didebat, dibincang, dan akhirnya dibuat kata putus agar ia menjadi dasar yg terbaik untuk kepentingan negara dan rakyat.

    ReplyDelete