Saturday, June 6, 2009

Setiap Manusia Perlu Miliki Ilmu Kepimpinan dan Pengurusan

Assalamualaikum..

"Setiap Manusia Perlu Miliki Ilmu Kepimpinan dan Pengurusan"

Hakikat di atas adalah sesuatu yg tidak semua orang sedar akan kebenarannya. Ilmu kepimpinan dan pengurusan adalah sesuatu yg semua orang perlu miliki. Ilmu ini tidak hanya peru dimiliki oleh para pemimpin politik sahaja. Ini disebabkan ilmu ini akan digunakan sepanjang kita hidup di dunia ini. Paling jelas adalah ketika seseorang mendirikan rumah tangga. Ketika mendirikan rumah tangga, setiap pasangan suami-isteri perlu memiliki sifat kepimpinan dan mengurus dgn baik agar kebahagiaan rumah tangga dpt diwujudkan. Bayangkanlah jika rumah tangga diurus secara membabi buta, hentam keromo, dan semborono. Ini adalah sesuatu yg amat malang bg keluarga tersebut. Sudah pastinya setiap insan mahu mendirikan rumah tangga pada masa hadapan. Jadi, ilmu kepimpinan dan pengurusan akan menjadi ilmu yg amat perlu dimiliki oleh kita semua, tidak terkecuali satu pun. Oleh yg demikian, saya menyeru kepada rakan-raka sekalian untuk sama-sama mempelajari ilmu kepimpinan dan pengurusan ini bermula drp sekarang. Usah ditunggu kursus perkahwinan. Mulakanlah dari sekarang agar kita akan memimpin dan mengurus rumah tangga kita kelak dgn baik dan cemerlang.

2 comments:

  1. bila tanya apa leadership teory,
    macam2 kuar.. Great Man Theory la, Transactional Leadership, Contigency theory, mcm2 la..
    bile tnya teori kepimpinan nabi, huhu.. xramai yg tahu..

    ReplyDelete
  2. Selagi suatu teori kepimpinan itu tak bercanggah dgn teori kepimpinan Nabi Muhammad saw, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk kita menggunapakai teori itu. Jika teori itu bercanggah dgn teori kepimpinan Nabi, maka tinggalkan saje teori itu. Apa yg pasti, kepimpinan Nabi sudah semestinya berpaksikan kepemimpinan Islam yg berteraskan wahyu Allah swt. Kepimpinan Nabi dipandu oleh wahyu dari-Nya

    ReplyDelete