Sunday, May 31, 2009

Citarasa Anak-anak Muda

Pada masa sekarang ini masih sibuk diperkatakan tentang sokongan anak-anak muda terhadap parti-parti politik di Malaysia. Tak perlu untuk saya sebutkan anak-anak muda kini menyokong parti mana sebab umumnya telah tahu. Jadi, untuk seebuah parti politik itu menarik sokongan anak-anak muda terhadap perjuangan mereka, ia memerlukan beberapa ramuan bagi membolehkan hajat itu terlaksana. Secara ringkas, saya utarakan soal-soal yang berkaitan
1) Ketulusan dan kejujuran
2) Dekat di hati
3) Kelayakan akademik
4) Islamik
5) Pantas dan cekap

Empat kriteria di atas perlu diteliti oleh parti-parti politik untuk menarik sokongan anak-anak muda terhadap perjuangan mereka. Soal ketulusan dan kejujuran adalah persoalan teratas kerana tanpa dua sifat ini, anak-anak akan beranggapan bahawa ahli-ahli politik sesebuah parti itu hanya pandai berbohong, tabur janji, tak ikhlas berkhidmat, turun padang masa pilihan raya aje, dan main rasuah. Rasuah adalah cabaran terberat bagi parti politik untuk memastikan wakil rakyat mereka bersih dan tidak mempunyai rekod buruk.
Mengenai hal dekat di hati, ia merupakan manifestasi daripada akhlak baik yg ditunjukkan oleh wakil rakyat seperti hidup yang sederhana, mudah berjumpa dan dibawa berbincang, ekspresi muka yang meyakinkan serta keramahan. Untuk itu, wakil rakyat perlu dididik untuk mempunyai keterampilan yang kemas, percakapan yang ringkas, dan beraksi sebagai seorang anak muda walaupun beliau tidak lagi muda.
Soal kelayakan akademik, sesetengah anak muda terutama yang berpelajaran tinggi turut melihat kepada kelayakan akademik ini. Wakil rakyat yang mempunyai gelaran Doktor (Dr) atau Insiniur (Ir) dilihat mempunyai kelebihan daripada aspek itu. Bagi yang anak muda yang cenderung kepada nilai keislaman, maka wakil rakyat yang bergelar ustaz dan ustazah turut mempunyai kelebihan tersebut. Jadi, adalah perlu untuk sesebuah parti politik menarik lebih ramai cendekiawan, ahli akademik, dan bijak pandai untuk bersama-sama mereka memantapkan halatuju perjuangan melalui penggabungan ahli agamawan dan profesional yang mantap.
Mengenai ciri Islamik, ini merupakan suatu yang menjadi kemestian bagi sesebuah parti politik. Lihatlah bagaimana Perdana Menteri ke-5 mencapai kemenangan besar dlm pilihanraya umum ke-11 tahun 2004. Beliau mahu memaparkan citra islami dalam pentadbiran lantas mendapat mandat yang besar daripada rakyat pada ketika itu. Jadi, nilai-nilai keislaman adalah perlu diterapkan dalam agenda perjuangan parti politik dan dijadikan amalan dalam pentadbiran harian.
Anak-anak muda juga suka kepada suatu yang bersifat pantas dan cekap. Mereka tidak suka sesuatu yang lambat kerana anak-anak muda ini suka bergerak pantas tanpa suka menunggu lama untuk sesuatu perkara. Dengan itu, parti politik perlu memastikan bahawa segala peruntukan yang diberikan untuk rakyat perlu diberikan dengan pantas dengan mengurangkan kerenah birokrasi di pejabat kerajaan. Pembahagian peruntukan perlu berasaskan keutamaan dan keperluan yang paling perlu. Penyaluran sumber yang pantas akan menjadi rakyat khususnya anak-anak muda untuk menikmati sumber kekayaan yang dimiliki oleh Malaysia dengan cepat.
Tuntasnya, mana-mana parti politik yang mahukan sokongan anak-anak muda perlu melakukan seperti yang telah saya cadangkan kerana inilah dia citarasa anak-anak muda masa kini. Anak-anak muda tak suka tunggu lama-lama, suka kepada ketelusan, akhlak mulia, keislaman, dan taraf kelayakan akademik.

2 comments:

  1. Salam...

    Abg Hadi, rasa ada 5 kriteria yang cuba Abg Hadi sampaikan di sini...

    Namun, saya anggap typing error yang berlaku dalam penulisan abg nie hanyalah sekadar di pinggiran saja...

    Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Wslm. Terima kasih atas teguran. Memang ada 5 kriteria dan bukannya 4. Terima kasih sekali lg. :)

    ReplyDelete