Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan: Kembali kepada Keputusan Muktamar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya isu kerajaan perpaduan semakin hangat diperkatakan. Seperti biasa, ada pihak yg menyokong dan ada juga pihak yg menentang. Jadi, 2 pihak ini mempunyai hujah tersendiri. Pada pandangan saya, isu kerajaan perpaduan ini telah berbangkit sejak berakhirnya Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12). Namun begitu, pada peringkat parti Islam Semalaysia (PAS), mereka telah membuat keputusan dalam muktamar mereka di Ipoh pada tahun 2008 untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR). Jadi, pihak-pihak dalam PAS yang telah membangkitkan kembali isu kerajaan perpaduan hakikatnya tidak mematuhi keputusan yang telah dibuat sewaktu muktamar tersebut. Muktamar boleh diibaratkan juga sebagai suatu mesyuarat agung yg menepati konsep syura dalam Islam. Jadi, sepatutnya keputusan muktamar yg berupa sebuah keputusan secara syura wajar dihormati oleh setiap pendokong parti Pas. Ini sebagai mencerminkan sikap manusia yg beradab dan hormat terhadap keputusan dalam musyawarah. Maka dengan itu, tidak sepatutnya isu kerajaan perpaduan dibangkitkan lagi jika isu tersebut telahpun mempunyai kata putus. Jadi, sebarang perubahan terhadap keputusan muktamar perlu kepada sebuah muktamar khas bagi membincangkan kembali isu tersebut. Kenyataan-kenyataan secara terbuka dalam sidang media terhadap isu yang telah ada kata putus mencerminkan sikap tidak beradab terhadap kata putus yang telah pun diambil. Tiada gunanya kita membuat muktamar jika kata putus dalam muktamar tidak dipatuhi. Sebab itulah, Mursyidul Am Pas secara ringkas menyebut isu kerajaan perpaduan sebagai- Karut.

No comments:

Post a Comment