Saturday, July 11, 2009

Kunci Penyelesaian Konflik: Kejujuran & Keterbukaan

Salam..

Dalam kehidupan di dunia ini, kita pastinya tidak akan sunyi dengan pelbagai konflik, yang pada kebiasaannya berkait dgn hubungan sesama manusia. Penulisan saya pada kali ini adalah suatu ilham yg saya dpt tatkala terdapat rakan-rakan saya yg sedang berkonflik akibat perpecahan dalam organisasi.

Dalam berorganisasi, sememangnya konflik adalah suatu yang tidak dapat dielakkan utk berlaku. Ia seperti telah menjadi lumrah disebabkan kewujudan sifat atau karektor manusia yang pelbagai ragam dan personaliti. Ketika mana konflik berlaku, adakalanya kita menjadi tidak keruan, hilang arah tuju,serta hilang punca. Kesemua ini adalah disebabkan kita tidak dapat memahami: Mengapakah Konflik Tersebut Boleh Berlaku?

Untuk menyelesaikan suatu konflik, kita perlu ketahui terlebih dahulu punca kepada berlakunya konflik tersebut. Apabila punca tersebut belum lagi dapat dicari, kita perlu membuat suatu meja bulat perundingan bagi melihat dari manakah konflik tersebut berlaku. Untuk mengetahui punca konflik ini, ia memerlukan sifat kejujuran dalam mengakui kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam organisasi. Untuk mengakui kesilapan ini bukanlah suatu yg mudah, lebih-lebih lagi jika punca tersebut datangnya daripada pendekatan orang atasan yang tidak memahami keadaan orang bawah. Jika egoisme ini terus berleluasa, saya percaya ia tidak akan langsung dapat menyelesaikan konflik yang timbul, bahkan mungkin akan lebih marak lagi!

Maka, kejujuran dan keterbukaan dalam mendengar situasi orang bawah adalah suatu yang wajib bagi orang atasan. Orang bawahan ini merupakan pihak yg paling diletakkan tanggungjawab dalam melaksanakn suatu perkara, jadi jika orang bawahan ini membuat protes, sudah pastinya agenda organisasi akan terjejas. Keterbukaan dalam mendengar kritikan, rintihan, dan keluh-kesah orang bawah adalah suatu yang wajib.

Secara kesimpulan, bersikap jujurlah dalam menghadapi konflik yang datang. Persiapkan diri dengan kekuatan hati dan mental dalam mendengar situasi orang lain. Jika kita jujur dan terbuka dalam penyelesaian konflik, saya percaya konflik akan berakhir dan akan menghasilkan organisasi yang sejahtera dan matang.

2 comments:

  1. Salam kepada saudara HB,
    pesanan saya jangan sesekali kita provoke seolah kita ini suci dari segala dosa. Saudara HB masih muda, betul kita boleh menegur tapi jangan lupa kita perlu juga melalui ujian dari NYA. Contoh pun sudah ada Ustaz Pas yang meninggalkan anak bininya dan mengejar perempuan muda yang dulunya menghentam UMNO juga tidak lari dari ujiannya!
    Siapakah saudara HB yang ingin mempertikaikan TUN DR M yang banyak berjasa pada MELAYU ISLAM ini? Saya sendiri buat kajian terhadap Tun Dr M dan ianya perlu membuat banyak pembacaan dan melihat Malaysia secara menyeluruh dan secara adil.
    Bukan dengan cara Pas yang dahulunya memperjuangkan ISLAM namun kini bertukar menjadi PAS FOR ALL. Tiada pendirian dalam berpolotik.
    Anda tidak menjawab soalan saya, pemerintahan Tun Dr M tidak berunsurkan islam? bagi saya nas-nas anda. dan anda boleh berbicara dengan saya kerana saya bukannya ahli UMNO yang aktif dan tiada jawatan pun sekalipun di peringkat cawangan.

    ReplyDelete
  2. Untuk menjawap pertanyaan sdr faiz, sy tidak nafikan bahawa Tun Mahathir ada jasanya terhadap kemajuan Islam di Malaysia. Pemikiran beliau adalah sesuatu yg dikagumi oleh masyarakat dunia. Namun, kita harus akui beliau juga seorang manusia biasa yg tidak terlepas drp melakukan penyelewengan dan kesilapan. Klip video Lingam, unsur-unsur kronisme dlm pentadbiran beliau, dan ketakutan menteri kabinet terhadap beliau menggambarkan sikap seorang pemimpin yg sukar utk ditegur. Namun, jasa beliau juga besar. Penubuhan UIA, Bank Islam, KLIA, dan Jambatan P. Pinang menjadi penyumbang kemajuan negara. Jadi, dpt disimpulkan bahawa sesiapa pun yg jdk Perdana Menteri, pasti ada jasa dan silap tersendiri. Allah sebaik2 hakim.

    ReplyDelete