Tuesday, May 26, 2009

Masalah dan Penyelesaian kepada Situasi Pelajar Yang Extand Pengajian

1) Masalah kewangan kerana tiada lagi duit PTPTN atau sumber kewangan tetap

Penyelesaian:

- Mencari pekerjaan secara part-time kerana dipercayai jadual kuliah tidak ketat.
- Membuat anggaran perbelanjaan untuk 1 minggu supaya dapat rancang belanja dengan baik.
- Membuat permohonan/rayuan penangguhan bayaran hutang PTPTN. (Sila berhubung dengan Pejabat HEP untuk bantuan dan prosedur lanjut-Bahagian Biasiswa dan Pinjaman HEP).

2) Masalah Subjek Yang Masih Belum Diambil atau Gagal
Penyelesaian:
- Pelajar berkenaan perlu membuat perancangan rapi tentang subjek yang bermasalah. Maka, pelajar itu perlu menyenaraikan subjek yang bermasalah dan merancang waktu bilakah semester yang sesuai untuk mengambil subjek tersebut. Pertimbangan juga perlu dibuat berkenaan independent study dan subjek yang ditawarkan pada semester terbabit.
- Pelajar berkenaan wajib meletakkan target minimum berkenaan gred bagi subjek yang bermasalah. Ini bagi mengelakkan pelajar leka terhadap subjek yang diambil dan juga bagi mengelakkan pelajar mendapat CGPA yang rendah seperti di bawah 2.00. Ini akan memungkinkan pelajar tidak mendapat penganugerahan Ijazah jika CGPA kurang daripada 2.00.
- Mahu atau tidak mahu, pelajar perlu meletakkan target minimum gred C bagi subjek yang bermasalah. Gred lulus atau D+ tidak akan menjamin pelajar mendapat CGPA di atas 2.00 kerana akan mendapat mata 1.33 untuk subjek terbabit. Ia akan menjejaskan skor CGPA secara keseluruhan. Sila buat kiraan terhadap CGPA yang mungkin akan anda dapat ketika semester terakhir pengajian nanti.




2) Masalah Sikap Pelajar Yang Tidak Bersungguh-sungguh Belajar

Penyelesaian:

- Mahu atau tidak mahu, pelajar perlu mewajibkan diri menghadiri kuliah. Tidak hadir kuliah akan menyebabkan pelajar banyak loss information. Pelajar itu tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menjadi penyampai maklumat untuk dirinya kerana orang lain juga mempunyai urusan mereka sendiri.
- Walaupun kemungkinan pelajar tersebut tidak dapat mengikuti sesi kuliah dengan baik, namun jika beliau tetap hadir ke kuliah akan memungkinkan beliau mendapat keberkatan daripada Allah swt kerana tetap gigih berusaha mencari ilmu pengetahuan.
- Mendisiplinkan diri untuk bersungguh-sungguh untuk belajar. Sikap acuh tak acuh untuk belajar hanya akan membuang masa dan amat merugikan diri sendiri.
- Soalan-soalan ujian, tutorial, atau final exam perlu dikumpulkan pada awal semester. Membuat latihan akan membolehkan kefahaman pelajar berkaitan sesuatu subjek akan bertambah baik melalui pendekatan try and error dan belajar daripada kesilapan.
- Pelajar perlu sentiasa menjaga solat fardhu agar tidak tertinggal terutama solat Subuh. Ini bagi mengelakkan Allah swt memurkai diri kita. Tidak bangun untuk solat Subuh akan memungkinkan pelajar tergopoh-gapah untuk hadir kuliah jam 8 pagi atau tidak pergi langsung!

1 comment:

  1. sedikit respon saya :

    1. di UTM, kita ada skim pelajar bekerja. tiada masalah.

    2. Mhasiswa perlu bermula dari diri. tak guna pensyarah habis air liur, mahasiswa yang malas untuk belajar. apapun, dalam proses menuntut ilmu, aspek syukur dan hakikat takdir perlu diterapkan. yang penting, taqwa paling tinggi.

    wallahualam

    ReplyDelete