Sunday, May 10, 2009

Krisis Politik Perak: Apa penyelesaian yg boleh?

Salam..

Saya agak berminat utk membuat sedikit ulasan tentang situasi politik di Perak. Pun begitu, sy hanya akan membuat ulasan yg tidak akan berat pd mane2 pihak sebab pada sy dua2 parti politik ni ada kesilapan masing2.

Bagi pihak BN, BN memang tidak mahukan pilihanraya peringkat negeri Perak diadakan bg mengakhiri konflik ini. Faktor yg paling utama adalah disebabkan BN tidak yakin akan sokongan rakyat Perak terhadap BN yg telah ditunjukkan dalam PRK Bukit Gantang. Apa yang hampir pasti, andainya DUN Perak dibubarkan, dijangka bahawa semua kerusi yg ditandingi oleh DAP akan dimenangi dengan mudah disebabkan sokongan pengundi bukan Melayu. Bagi Pas dan PKR pula, mereka dilihat agak berpeluang utk merampas lebih banyak kerusi di DUN yang dipegang UMNO disebabkan masalah dalaman UMNO yang merugikan UMNO sendiri. Jika ini terjadi, maka Pakatan Rakyat akan mendapat mandat yg dijangka lebih besar berbanding hanya kelebihan 3 kerusi yg dimiliki mereka dlm PRU Mac 2008. Atas sebab itulah, BN tidak mahu DUN dibubarkan lantaran ketidakyakinan BN terhadap situasi politik semasa dalam negara sejak Mac 2008. Situasi semasa dilihat masih memihak kepada Pakatan lantaran banyak lagi isu yg belum ditangani dgn baik oleh pihak kerajaan BN seperti kos sara hidup, pengangguran, pilihanraya kecil, dan barah rasuah dlm negara.

Di pihak Pakatan Rakyat (PR) pula, mereka dilihat sangat berkeyakinan utk pembubaran DUN disebabkan mereka optimis bahawa PR akan menang lebih besar jika pilihanraya negeri Perak diadakan. Pun begitu, seandainya mereka tewas dlm pilihanraya negeri Perak ini, mereka akan menerima malu yg amat besar lantaran tindak-tanduk mereka yg dikatakan tidak menghormati institusi Raja. PR dilihat sangat tidak menyukai jalan melalui perbicaraan di mahkamah kerana PR beranggapan bahawa BN mengawal institusi kehakiman dan para hakim. Sama ada benar atau tidak, para hakim dan peguamlah yg lebih tau akan situasi di mahkamah. Apa yang pasti, PR dilihat tidak akan duduk diam sahaja terhadap kerajaan BN Perak pimpinan Dato Seri Zambry. PR akan terus menyerang BN Perak sehingga mereka berjaya untuk memujuk istana agar membubarkan DUN. Jika tindakan ini tidak berjaya, maka PR akan terus menyerang melalui penerangan kepada rakyat Perak melalui media alternatif. Peranan media alternatif sudah menjadi semakin bermakna setelah tsunami politik Mac 2008 terjadi. Golongan muda akan dijadikan sasaran oleh PR kerana keyakinan PR bahawa golongan muda menyokong perjuangan mereka.

Namun begitu, sekiranya PR gagal memujuk istana, maka PR terpaksalah menunggu sehingga PRU 13 tahun 2012 atau 2013 utk membuktikan bahawa rakyat Perak masih bersama mereka. Jika PR tewas di Perak, maka BN telah berjaya meyakinkan rakyat Perak bahawa PR telah membawa byk musibah kepada negeri Perak. Jika BN pula yg tewas, maka pukulan K.O akan mengenai Dato' Seri Zambry dan beliau serta orang pimpinannya akan menerima malu terbesar kerana mengambilalih kerajaan pilihan rakyat Perak secara 'demokratik' pada Februari 2009.

Jika anda berasa ulasan saya ini menyimpang, diharap agar anda dpt kemukakan pula idea anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment