Saturday, May 30, 2009

Pengurangan Subjek Teras SPM: Suatu Analisis

Salam. Merujuk kepada keratan akhbar Berita Harian bertarikh 30 Mei 2009 pada muka surat utama, saya telah tergambarkan mengenai subjek manakah yang tidak lagi akan menjadi subjek teras untuk peperiksaan SPM. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Alimuddin Md Dom, bilangan subjek teras akan dikurangkan bagi membolehkan lebih banyak subjek elektif diambil oleh para pelajar. Saya melihat ini sebagai suatu usaha yang digerakkan bagi mencapai matlamat pendidikan berasaskan pengkhususan. Ini bermakna pelajar aliran agama akan diwajibkan mengambil Pendidikan Islam, manakala yang bukan aliran agama tidak akan diwajibkan mengambil Pendidikan Islam. Jika dilihat kepada keperluan semasa, adalah tidak mungkin untuk kerajaan membuang subjek BM, BI, Sejarah, dan Matematik kerana subjek2 ini sangat diperlukan dalam dunia sains dan teknologi ini. Jadi, jika subjek PI (Pendidikan Islam) dibuang, apakah kesan yg boleh didapati?
Pertamanya adalah kepada pelajar2 Islam bukan aliran agama. Mereka tidak akan dapat mempelajari ilmu PI kerana mereka telah disetkan mengambil aliran yang tidak menawarkan subjek agama. Jadi, akan berlakulah pendidikan yang tidak seimbang dalam diri para pelajar. Daripada prospek masa hadapan, mereka akan menjadi insan yang kurang memiliki ilmu agama dan menjadi ahli profesional yang tidak bersifat agamawan. Jadi, tidak akan lahirlah insan yang mempunyai sifat agamawan+profesional pada masa hadapan.
Jika kerajaan membuang subjek Sejarah pula, maka ia akan melahirkan pelajar yang buta sejarah. Ia adalah sesuatu yang tidak baik kepada kerajaan kerana sejarahlah menjadi subjek yang menceritakan segala kejayaan dan kegemilangan kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun memerintah Malaysia. Jika dibuang subjek Bahasa Melayu,maka akan timbullah sentimen kebencian orang Melayu terhadap kerajaan yang dilihat cuba menghapuskan BM di Malaysia. Tidak mungkin untuk kerajaan membuang BI kerana BI adalah bahasa antarabangsa yang perlu dikuasai pelajar selaras dgn projek PPSMI.
Secara kesimpulan, pengurangan subjek teras akan pasti terarah kepada usaha untuk membentuk blok-blok pemikiran seperti pemikiran sains, pemikiran agama, dan pemikiran teknikal. Jadi, sekularisme akan mengambil tempat dalam sistem pendidikan Malaysia dan kelak Malaysia akan melahirkan warga yg hanya pandai agama, atau pandai sains, atau pandai teknikal. Pengasingan ilmu agamawan dan ilmu fardhu kifayah inilah yang akan melahirkan saintis sekular, agamawan jumud, dan jurutera Machavielli.

1 comment:

  1. Yup...

    Jika blok pemusatan pemikiran mengikut aliran diwujudkan, maka akan terbinalah jambatan yang tidak mampu lagi menghubungkan di antara satu sama lain...

    ReplyDelete