Monday, May 11, 2009

Sistem Pendidikan 'Exam-Oriented' Yang Merugikan Negara

Salam..

Dlm konteks sistem pendidikan di Malaysia, ia berupa sistem yang berorientasikan peperiksaan atau 'exam-oriented'. Sistem ini ditiru drp sistem pendidikan di Britain yg turut berorientasikan exam. Berbanding di Amerika, ia menggunapakai sistem berasaskan penyelidikan. Di Malaysia, pendekatan 'exam oriented' dilihat sgt ketara digunakan pd peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Guru-guru sekolah akan digerakkan sepenuhnya bagi mencapai target yg sekolah inginkan. Sekolah yg cemerlang sudah pasti akan mendapat nama di peringkat nasional dan mendapat perhatian drp pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Rentetan drp senario ini, maka terkeluarlah saranan drp pihak tertentu agar pihak KPM mengkaji semula sistem 'exam-oriented' ini kerana ia dilihat tidak menguntungkan negara pada masa hadapan. Para pelajar sekolah dilihat belajar hanya untuk peperiksaan dan apabila tamat peperiksaan, maka ditinggalkanlah segala pengetahuan yg dipelajari kerana tidak nampak akan kepentingan ilmu tersebut pada masa hadapan mereka. Hal ini adalah sesuatu yg merugikan bagi dunia pendidikan, khususnya kpd pelajar itu sendiri.

Bagi mengatasi permasalahan ini, maka saya berpendapat bahawa sememangnya sistem pendidikan kita perlu dikaji semula agar ia menjadi suatu sistem yg menguntungkan negara pada masa hadapan. Prinsip utama bagi saranan saya adalah 'Pendidikan Berasaskan Inovasi dan Kreativiti'. Bagi mencapai prinsip ini, maka para guru, para pelajar, pihak sekolah dan ibu bapa perlu bersedia ke arah suatu sistem yg tidak lagi hanya bergantung kpd peperiksaan, tetapi bergantung kpd bakat, potensi, dan keupayaan yg dimiliki oleh seseorang pelajar. Dalam merealisasikan sistem baru ini, para guru perlu diberikan galakan dan pendedahan oleh pihak KPM mengenai Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar. Sebagai contoh, memberikan pelajar suatu projek yg berteraskan teknologi dan mempunyai unsur inovasi dan kreativiti. Penciptaan model atau alat adalah sesuatu yg pastinya akan menggalakkan pemikian kreatif dan inovatif di samping menyediakan negara dengan golongan muda yg bijak memanipulasi teknologi bg menyumbang kpd kemajuan negara pada masa hadapan. Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Guru seperti kuliah atau peneranagan panjang atau dedahan maksimum hanya akan membantutkan pemikiran pelajar utk berfikir di luar kotak. Berilah pelajar peluang dalam menikmati suasana pembelajaran yg menyeronokkan melalui pertukaran idea sesama mereka di samping dpt memantapkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam projek mereka. Hasilnya mungkin tidak dapat dilihat pada masa sekarang, tetapi ia akan membuahkan produknya pada masa hadapan ketika para pelajar memasuki era pendidikan tinggi negara.

Tambahan drp saranan di atas, sy ingin mencadangkan agar projek pelajar tersebut diberikan markah atau merit bagi memupuk semangat berlumba-lumba utk mencapai produk yg terbaik. Markah ini perlu dibuat agar para pelajar berasa yg projek mereka itu mempunyai kepentingan dan ada makna tersendiri. Merit ini juga perlu dimasukkan sebagai sebahagian drp markah yg menyumbang kpd gred bagi sesuatu subjek terutama subjek Sains (Fizik, Kimia, Biologi). Wajaran yg dicadangkan adalah 40% drp 100% bg sesuatu subjek.

Atas sebab itu, sistem pendidikan exam oriented perlu diubah agar unsur-unusr kreativiti dan inovasi mendapat tempat yg sewajarnya dlm sistem pendidikan di sekolah. Saya mengakui bahawa saranan ini mungkin mendapat tentangan drp pelbagai pihak, terutama yg sudah sebati dan selesa dgn sistem pendidikan exam oriented. Tetapi, jika perubahan tidak dilakukan, maka yg rugi adalah negara sendiri kerana tidak dpt melahirkan lebih ramai insan yang kreatif dan inovatif dlm menghasilkan produk yg boleh menyumbang kpd kesejahteraan masyarakat dan dunia pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment